
Khamis , 21/01/2010 –Pegawai-pegawai Hamas dan pergerakan Jihad Islam telah mengadakan rundingan malam Isnin lalu untuk membincangkan perkembangan terkini Palestin di mana keutamaan diberi kepada usaha pendamaian yang dinaungi Mesir.

Khamis , 21/01/2010 –Pegawai-pegawai Hamas dan pergerakan Jihad Islam telah mengadakan rundingan malam Isnin lalu untuk membincangkan perkembangan terkini Palestin di mana keutamaan diberi kepada usaha pendamaian yang dinaungi Mesir.

Rabu , 20/01/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk pengumpulan dana dan pemeliharaan warisan memberi amaran runtuhan di kawasan Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa akan berulang, selepas mendapan terbaru berlaku akibat aktiviti penggalian bawah tanah Israel. Laporan yayasan itu dibuat pada hari Isnin lalu.

Rabu , 20/01/2010 – Hakim Shalalde, ahli majlis Sa’ir di daerah Al-Khalil, telah dikeluarkan daripada sel tahanan di penjara Ramallah dan dihantar ke hospital setelah kondisinya bertambah teruk akibat parah penyeksaan.
Rabu , 20/01/2010 – HAMAS menegaskan bahawa tindakan dilakukan regim Zionis yang membuka empangan yang menghalang air hujan tanpa sebarang amaran terhadap kawasan kediaman di Lembah Gaza adalah satu jenayah yang sengaja dilakukan bertujuan mendatangkan kerugian terhadap penduduk Gaza dan harta benda mereka, terutamanya apabila tindakan ini berlaku selepas beberapa tahun pihak Zionis menghalang air tersebut daripada dialirkan.

Rabu , 20/01/2010 – Dr. Ahmad Bahr, wakil ketua parlimen Palestin mengecam tindakan Zionis-Israel yang melepaskan air tadahan untuk Gaza yang menyebabkan puluhan rumah ditenggelami air.

Rabu , 20/01/2010 – Tentera penceroboh Israel telah menculik 14 orang rakyat Palestin berhampiran selat laut Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, kata saksi Palestin dan sumber keselamatan hari ini.

Selasa , 19/01/2010 –Kumpulan Ikhwanul Muslimin di Jordan telah melarang sebarang import barangan dari Israel, sambil menyifatkan ia suatu penyeragaman ke atas penjajahan Israel dan satu nadi penggerak ekonomi negara tersebut.

Selasa , 19/01/2010 –Dr. Taleb Abu Sha’ar, Menteri Hal Ehwal Agama Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan fizikal ke atas wanita Palestin berumur 16 tahun di Sheikh Jarrah Jerusalem yang dilakukan oleh penduduk haram fanatik Yahudi yang mendapat kawalan keselamatan daripada polis Israel.

Isnin, 18/01/2010 – Akhbar Turki “Hurriyet” edisi Sabtu (16/1) menyebutkan bahawa Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, menolak untuk menerima kedatangan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak. Sumber diplomat menyatakan keengganan mereka berdua menerima kunjungan Ehud Barak meskipun pihak Zionis-Israel telah memohaon maaf ke atas penganiayaan duta besar Turki.

Isnin , 18/01/2010 – Seorang ahli pengubal undang-undang UK daripada Parti Buruh yang sedang melawat Gaza berkata sekatan ke atas Gaza oleh Israel dan Mesir merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Isnin , 18/01/2010 – Pakar-pakar alam sekitar dan ekonomi Sabtu lalu mengeluarkan amaran akan kesan negatif kepada alam sekitar dan ekonomi berpunca dari pembinaan tembok besi Mesir di sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza, dan turut menegaskan tembok itu akan memusnahkan sumber air bawah tanah.

Sabtu, 16/01/2010 – Israel telah memohon maaf secara rasmi kepada Turki ekoran daripada kebiadapan Timbalan Menteri Luar Negeri Israel Daniel Ayalon semasa menerima Duta Turki ke Israel.

Sabtu, 16/01/2010 – Kementerian untuk Banduan di Semenanjung Gaza telah memohon Badan-badan antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Penjajah Israel untuk membebaskan tahanan Gaza, Nassim Khattab yang amat memerlukan rawatan segera.

Jumaat , 15/01/2010 –Rabu lalu, Pergerakan Hamas secara tegasnya mengecam keputusan mahkamah Israel yang dikeluarkan terhadap Sheikh Ra’ed Salah, iaitu Ketua Pergerakan Islam di tanah jajahan tahun 1948, menekankan bahawa keputusan ini merupakan permulaan awal yang telah direncanakan untuk pencerobohan terhadap Masjid Aqsa.

Jumaat , 15/01/2010 – Delegasi terbesar parlimen Eropah dijangka tiba di Semenjanjung Gaza pada hari Jumaat melalui sempadan Rafah untuk melaporkan situasi kemanusiaan yang tragik di sana.