Bedah siasat terhadap Rachel oleh Israel mengaku langgar perintah.

Ahad, 21/03/2010 – Hari kedua perbicaraan saman keluarga Rachel terhadap kerajaan Israel menyaksikan Dr. Yehuda Hiss pegawai forensik Israel mengaku melanggar perintah mahkamah yang mahu seorang pegawai dari kedutaan Amerika berada disamping beliau semasa beliau melakukan bedah siasat terhadap jasad Rachel.

Beliau bertindak demikian kerana ianya menentang polisi beliau sendiri yang tidak mengizinkan mereka yang tiada kelayakan perubatan untuk berada di samping beliau semasa proses bedah siasat. Beliau telah memaklumkan kepada kedutaan Amerika dan mereka tidak menghantar wakil mereka dan keluarga Corrie setuju terhadap laporan bedah siasatnya itu. Dr. Hiss memberitahu tiada dokumen atau laporan yang direkodkan mengenai perbualan tersebut. Kedutaan Amerika menafikan perbualan seperti itu berlaku.

Dr. Hiss juga memberitahu beliau telah menyimpan sampel-sampel tisu badan Rachel untuk ujian histologi tanpa memohon kebenaran keluarga Rachel terlebih dahulu. Beliau juga mengaku tidak memberitahu hak-hak keluarga Rachel mengenai sampel tersebut dan kemungkinan telah ditanam bersama sampel-sampel kepunyaan orang lain. Ini merupakan kali pertama keluarga Rachel diberitahu mengenai sampel yang disimpan walaupun pernah ditanyakan sebelum ini mengenai perkara tersebut. Dr. Hiss sebelum ini menghadapi saman daripada keluarga Rachel atas sebab tersebut.

Hakim membenarkan keluarga Rachel untuk menambah tuntutan saman mereka termasuk terhadap kegagalan kehadiran pegawai kedutaan Amerika sewaktu bedah siasat Rachel dan keluarga Rachel telah meletakkan $1 sebagai tuntutan saman mereka sebagai simbolik yang mahukan keadilan dan bukannya untuk mengaut keuntungan.

Mahkamah membenarkan laporan perubatan yang dibuat oleh Dr. Ahmed Abu Nikera doktor yang mengendalikan mayat Rachel diterima pakai dalam perbicaraan ini seperti dimohon oleh keluarga Rachel. Dr. Hiss memberitahu laporannya bertepatan dengan apa yang dilaporkan Dr. Ahmed termasuk kematian Rachel yang berlaku sebelum sampai ke hospital.

sumber : freegaza
penterjemah :  ameen