Categories
Berita Semasa

Israel buang rakyat Palestin ke Jordan

Rabu, 12/05/2010 – Penjajah Israel membuang seorang warga Palestin dari Hebron ke Jordan pada hari Sabtu. Pengarah media polis Hebron berkata kepada agensi berita Safa bahawa pasukan Israel menahan warga Palestin Morad Zahed, 27, di rumahnya di Hebron dan memaksanya untuk mengemas barang dan kemudian mereka menghantarnya ke sempadan Jordan dengan alasan tidak mempunyai kad pengenalan Palestin.

Dia menambah bahawa Israel menyatakan bahawa dia masuk Tebing Barat sepuluh tahun yang lalu dan tinggal di Hebron.

Israel telah membuang tiga warga Palestin dari Tebing Barat ke Gaza mendakwa bahawa mereka berasal dari Gaza. Israel memutuskan untuk mengusir orang-orang Palestin atau menahan mereka selama 7 tahun atau denda 7500 syikal (hampir $ 1900 USD).

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Zionis ceroboh Jabalia

Selasa, 11/05/2010 – Tentera rejim Zionis melakukan operasi ketenteraan ke atas beberapa kawasan di Jabalia yang terletak di utara Bandar Gaza.

Menurut agensi berita WAFA, beberapa kenderaan milik tentera rejim Zionis menceroboh beberapa ratus meter ke dalam Bandar Jabalia yang terletak di sempadan kawasan Palestin yang telah dirampas Zionis. Menurut agensi berita WAFA lagi, kenderaan-kenderaan tersebut memeriksa kawasan itu dan melepaskan banyak tembakan ke arah harta benda penduduk tempatan. Tiada kecederaan dilaporkan dalam operasi itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penjajah Zionis memberi tamparan baru kepada kumpulan Oslo

Selasa, 11/05/2010 – Gerakan Pembela Islam (HAMAS) menganggapkan projek pembinaan 14 unit rumah baru di kawasan “Ras al-Amud” merupakan tamparan baru Zionis Israel dan merupakan tindakan merendah-rendahkan Resolusi Jawatankuasa Pelaksana bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan Jawatankuasa Pemantauan Arab al-Quds (di bawah kelolaan Liga Arab), yang kedua-duanya telah memberi lampu hijau dan kata-kata persetujuan dengan Kumpulan Oslo untuk melaksanakan rundingan damai yang sia-sia.

HAMAS dalam satu kenyataannya pada hari Ahad (9-5)yang juga diberikan kepada Pusat Maklumat Palestin, berkata “Projek pembinaan 14 unit rumah baru oleh penjajah Israel di kota al-Quds ini dan dalam waktu yang sama rundingan damai yang dibuat secara sia-sia, telah membenarkan apa yang selalu HAMAS perkatakan sebelum ini, bahawa kembali kepada isu rundingan damai (bukanlah jalan penyelesaian dan ianya) adalah khidmat percuma kepada rejim zionis untuk mereka melakukan (lebih banyak) penjajahan dan melaksanakan penempatan (baru) mereka di Palestin”.

HAMAS menambah lagi, bahawa perkara ini akan memberi lorong (juga) kepada penjajah Israel untuk keluar dari kebuntuan mereka dalam berdepan dengan tanggapan masyarakat umum dunia yang melihat bahawa penjajahan zionis terhadap Palestin adalah merupakan serangan yang berunsurkan perkauman dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Dan HAMAS menyeru kepada Jawatankuasa Pelaksana bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan Jawatankuasa Pemantauan Arab al-Quds, supaya kembali kepada resolusi mereka dan berhenti dari bergantung kepada janji-janji Amerika yang palsu, dan amalan politik mereka yang (ternyata) gagal.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu Hebron, tawan Penduduk Palestin

Selasa, 11/05/2010 – Tentera Rejin Zionis (IOF) hari ini telah menawan seorang penduduk Palestin setelah membuat serbuan ke atas bandar Hebron di Tebing Barat.

“Tentera rejim zionis menyerbu kawasan Al-Haras dan menggeledah beberapa rumah penduduk awam dan kemudiannya menawan seorang penduduk Palestin dari keluarga Al-Suori” sumber keselamatan memaklumkan agensi berita SAFA.

Sumber itu menambah bahawa Tentera Israel menyerbu kampung Yata dan Ezna dan menahan kereta orang awam untuk memeriksa kereta mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Penyeksaan dalam penjara Mesir tidak dapat diterima

Selasa, 11/05/2010 – Ketua Jawatankuasa Pemerhati Hak Asasi Manusia di Dewan Perundangan menyeru para pemimpin Mesir agar menghukum para pegawai yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan dan pembunuhan terhadap para tahanan Palestin dalam penjara Mesir. Beliau juga menyeru agar penilaian diadakan dengan cara yang lebih telus serta berusaha untuk membebaskan mereka.

Dr Yahya Musa, ketua jawatankuasa tersebut mendedahkan beberapa kejadian penyeksaan di samping kejadian penyeksaan enam anggota al-Jihad al-Islami dalam penjara Mesir. Beliau turut memaklumkan seorang nelayan Palestin turut diseksa di salah sebuah penjara Mesir sehingga menyebabkannya hilang akal.

Apa yang berlaku ini adalah suatu keaiban terhadap mana-mana kerajaan yang memerintah dan ini bukanlah suatu yang kita jangkakan berlaku daripada pihak Mesir. Bahkan apa yang berlaku ini mencemarkan imej kerajaan Mesir dan rakyatnya yang sejak sekian lama menyokong perjuangan rakyat Palestin. Oleh itu, adalah dituntut agar pimpinan Mesir mengkaji semula kedudukan ini dan menghukum para pegawai bertanggungjawab terhadap penyeksaan ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel: Abbas hanya bergantung kepada kami

Selasa, 11/05/2010 – Menteri Infrastruktur Zionis Uzi Landau mengatakan bahawa pemimpin Fatah di Ramallah tidak mampun menjalankan tugas mendokong proses perdamaian. HAMAS banyak menghalang proses damai yang dianjurkan oleh Fatah kerana natijah perdamaian itu amat bertentangan dengan kemahuan rakyat Palestin.

Uzi menyebut lagi bahawa Abbas hanya bergantung harap kepada kerajaan Zionis Israel. Kalau tidak di sebabkan Zionis Israel, Abbas dan Fatah sudah lama jatuh. Uzi menambah lagi tekanan Amerika terhadap Israel berkaitan pemberhentian projek penempatan baru Zionis banyak memberi harapan kepada Abbas dan Fatah dalam usaha mendapatkan konsesi.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

8000 penumpang masih menunggu pembukaan sempadan Rafah untuk meninggalkan Gaza

Selasa, 11/05/2010 – Menurut Kementerian Dalaman terdapay 8000 penumpang yang telah mendaftar masih lagi menunggu sempadan Rafah dibuka selepas ditutup lebih dari dua bulan. Pihak mereka juga telah menerangkan di dalam laman sesawang, hingga ketika ini masih belum ada tanda – tanda Mesir akan membuka sempadan mereka.

Kementerian tersebut telah menyatakan bahawa pendaftaran akan dibuka pada hari Ahad bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan dan masih lagi belum ,mendaftar dengan laman sesawang kementerian. Pihak berkuasa Mesir pernah membuka sempadan Rafah kali terakhir pada awal Mac.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis menyerang Jenin dan Tubas, 2 rakyat Palestin ditahan

Selasa, 11/05/2010 – Tentera Zionis telah menyerang beberapa bandar di barat Jenin di mana mereka melakukan operasi mencari dan menahan seorang penduduk di Qabatiya dan lagi di Tubas, sebuah bandar di Tebing Barat.

Berdasarkan sumber tempatan, operasi hanya tertumpu di bandar – bandar seperti Qabatiya, Barqeen, Al-Hasyemya, Kafr Dan dan Kafr Qod, tambahan lagi tentera Israel juga melakukan operasi di kawasan pertanian terbuka. Tentera zionis juga telah menutup jalan antara Barqeen dan Al-Shohada dan mengeledah kenderaan terutamanya milik petani.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Penduduk haram Yahudi bakar masjid di Nablus

Selasa, 11/05/2010 – Penduduk haram Yahudi telah membakar sebuah masjid di Nablus Selatan Tebing barat pada Selasa lepas. Mengikut sumber Palestin, pegawai masjid telah menyalahkan penduduk haram Yahudi yang boleh mencetus gangguan terhadap proses damai di Timur Tengah.

Tentera Israel pula menyatakan terdapat laporan kebakaran di perkampungan Libban Al-Sharqia berhampiran Nablus. “Sebelum solat subuh kami melihat api sedang marak di dalam masjid dan kami terpaksa mengambil setengah jam untuk memadamkannya. Masjid tersebut telah musnah sepenuhnya” Majed Daragmeh, presiden majlis Al-Laban memberitahu kepada Nablus TV.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis terus membuat pencerobohan di bandar Tuba.

Selasa, 11/05/2010 – Tentera penceroboh Israel hari ini menyerbu kampung Bardalah di bandar Tuba dan membina dua penghadang di pintu masuk kampung Al-Akaba di bandar yang sama.

Tetera Israel menceroboh rumah Odai Sawafta di Bardalah dan menggeledah isi rumah manakala tiada penahanan dilaporkan, menurut sumber tempatan.  sSumber itu menambah tentera Israel membina dua penghadang di pintu masuk kampung Al-Akaba bagi menghalang gerakan keluar masuk penduduk.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kereta kebal dan jentolak Zionis ceroboh masuk selatan Semenanjung Gaza

Isnin, 10/05/2010 – Beberapa buah kereta kebal dan jentolak Zionis menceroboh masuk ladang pertanian di sempadan Rafah-Israel yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Saksi melaporkan bahawa jentolak-jentolak Zionis memusnahkan tanaman dan ladang-ladang milik petani Palestin sementara kereta kebalnya melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk tempatan.

Para petani Palestin memaklumkan media tempatan bahawa kereta kebal dan jentolak Zionis selalu melakukan serangan di kawasan sempadan Rafah. Tentera rejim Zionis sedang berusaha mewujudkan zon penampan di sepanjang sempadannya dengan Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jurucakap Fatah tiba di Gaza

Isnin, 10/05/2010 – Dr. Fayez Abu Eita, jurucakap pergerakan Fatah tiba di Gaza melalui pintu masuk Erez yang terletak di Beit Hanoon, utara Semenanjung Gaza.

Abu Eita berkata sebaik tiba di Gaza bahawa lawatan itu yang dilakukan selepas kesihatan ayahnya semakin buruk kerana mengalami strok semalam, “Gaza adalah sebahagian daripada Palestin saya, tanah kelahiran saya.”

Dr. Abu Eita meninggalkan Gaza 3 bulan sebelum kejadian pada Jun 2007 untuk meneruskan pengajian doktor falsafahnya (PhD) dalam bidang undang-undang di Mesir dan pernah menjadi penduduk Jabalia.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Seruan “Fatah” Supaya melakukan rundingan secara langsung dengan kerajaan Rejim Zionis

Isnin, 10/05/2010 – Salah seorang Pimpinan Gerakan Fatah, Hossam Khodar, menyeru supaya menghentikan rundingan yang dilakukan secara tidak langsung antara kerajaan Fatah di Ramallah dan kerajaan rejim Zionis. Beliau meminta supaya Perdana Menteri (yang tidak diktiraf dari sudut perlembagaan), Salam Fayyad , dan beberapa individu yang berpengalaman supaya memulakan rundingan damai secara langsung dengan rejim Zionis.

Akhbar al-Jazeera.net melaporkan bahawa, Khodar berkata “rundingan yang dijalankan secara tidak langsung adalah merupakan rundingan yang sia-sia dan tidak memberi apa-apa makna, malah ianya sama sekali tidak akan mampu menghentikan tindakan rejim Zionis terhadap warga Palestin yang berasal dari Gaza dan dihalau keluar dari Tebing Barat ke Gaza.

Khodar menyeru supaya Pertubuhan Pembebasan Palestin, Gerakan Fatah, dan beberapa gerakan yang lain supaya “memberi sepenuh kepercayaan kepada Fayyad dan beberapa individu lain yang berpengalaman dalam usaha rundingan damai yang ingin dibuat secara langsung”. Beliau menambah lagi bahawa, selama ini rakyat Palestin telahpun menandatangani perjanjian damai dengan Israel, tetapi Israel tetap melakukan penjajahan terhadap tanah Palestin, selain penindasan yang dilakukan secara berterusan dengan penolakan mereka terhadap hak-hak rakyat Palestin dan tindakan mereka yang terus menerus menduduki tanah Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis rampas hadiah daripada pesakit Gaza dalam perjalanan pulang

Isnin, 10/05/2010 – Persatuan Doktor Tanpa Sempadan, para pembela hak asasi manusia, didedahkan untuk pertama kalinya bahawa pasukan Israel disita hadiah, permainan dan barangan peribadi dibeli oleh pesakit Palestin dan rakan mereka selama rawatan di Israel, semasa menyeberang “Erez” di Gaza utara.

Menurut aduan rakyat Palestin, para askar rejim Zionis di “Erez” merampas barang-barang peribadi dan lain-lain barangan mereka beli selama mereka tinggal di Israel dan membuang hadiah dan bagasi ke dalam tong sampah.

Tentera rejim Zionis menghalang pesakit Palestin daripada membawa lebih dari satu bagasi, dan ketika mereka mengumpulkan semua milik mereka ke dalam satu bagasi, tentera rejim Zionis juga mencegah mereka dari memasukkan itu mendakwa bahawa tidak ada barangan yang tidak terpakai boleh dibawa masuk ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Britain tidak membenarkan kepulangan wakil dari “Mossad”

Jumaat, 07/05/2010 – Kerajaan Britain mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kepulangan wakil Badan Perisikan Israel “Mossad” ke Kedutaan Israel di London, selepas perselisihan yang melibatkan kedua-dua belah pihak (kerajaan Britian dan Mossad) dengan penggunaan Pasport warganegara Britian dalam kejadian pembunuhan pemimpin tentera Hamas, Mahmoud al-Mabhouh.

Akhbar The Guardian melaporkan bahawa pendirian yang diambil oleh Kerajaan Britain ini adalah sebagai membantah tindakan Agensi Perisikan berkenaan supaya tidak menyalahgunakan Pasport warganegara Britain dalam melakukan tindakan perisikan pada masa akan datang, sepertimana yang dilaporkan juga Akhbar Yedioth Ahronoth / Ibrani.

Pihak kerajaan Britain dan rejim Zionis tidak mendedahkan sebarang butiran terperinci berkenaan dengan wakil Mossad yang yang telah diusir keluar dari kedutaan Israel di London tersebut pada bulan Mac lalu, selepas banyak pihak mendapat bukti bahawa Agensi Perisikan Israel “Mossad” adalah dalang di sebalik pembunuhan Pemimpin Tentera Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di Emiriat, Dubai.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif