Categories
Berita Semasa

Askar rejim Zionis digesa menyiasat pembunuhan mereka.

Jumaat, 26/03/2010 – Ramai rakyat Israel percaya dan kepercayaan itu sentiasa diulang-ulang di Israel, bahawa pasukan mereka adalah “tentera paling bermoral di dunia.”

Namun, selepas perang Gaza yang membunuh 1400 penduduk Palestin, sebahagian besar daripada mereka warga awam dan beberapa orang warga Israel yang lain mula mempersoalkan perkara ini.

Dalam pada itu, kesilapan menembak empat remaja Palestin dalam tempoh 24 jam sebelum hujung minggu, sangat mengundang persoalan sehingga memaksa tentera Israel menyiasat insiden itu di tengah-tengah kenyataan saling bertentangan yang dikeluarkan oleh tentera terlibat.

sumber : electronic intifada
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ulasan PACE: Netanyahu mengumumkan lebih banyak penempatan Yahudi akan dibina di Baitul Maqdis timur.

Assalamualaikum,

Pertemuan empat mata di antara Presiden Barrack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu masih meninggalkan pelbagai persoalan. Namun yang pasti Netanyahu telah membuat pengumuman yang mungkin memperdalam ‘perselisihan’ di antara Amerika dan Israel, negara yang sering dipertahankan dan dilindungi oleh kuasa besar itu.

Categories
Berita Semasa

Sidang media NGO Aqsa Syarif tentang pembinaan kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa

Jumaat , 26/03/2010 – Tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa dan melakukan upacara perasmian tempat penyembahan Yahudi, Haikal 15 Mac lalu bakal mencetuskan satu lagi ledakan perjuangan besar di Palestin. Upacara yang turut dihadiri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu itu memuncakkan ketegangan sedia ada di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa.

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik 20 orang pekerja dari Gaza.


Jumaat, 26/03/2010 – Tentera rejim Zionis menahan kira-kira 20 pekerja berdekatan penempatan haram Israel yang dikosongkan Dugit di utara Semenanjung Gaza, sumber tempatan melaporkan..

Sumber berkata tentera rejim Zionis daripada Unit Pasukan khas memasuki kawasan Dugit mengejar beberapa pekerja yang mengutip batu runtuhan sebelum kira-kira 20 daripada mereka ditahan dan dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Askar rejim Zionis menyerang pekerja selepas menahan mereka, sementara ada pekerja lain yang berjaya melarikan diri, sumber menambah.Tentera Israeli memindahkan pekerja yang ditahan untuk disoalsiasat dan kemudian dibebaskan beberapa jam kemudian.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Australia di jangka akan menghalau diplomat Israel.

Jumaat, 26/03/2010 – Kerajaan haram Israel menjangkakan Australia akan menghalau salah seorang diplomatnya di atas penggunaan paspot palsu dalam pembunuhan ketua Hamas.

Sumber kerajaan haram Israel memberitahu The Australian bahawa negara – negara yang mana paspot mereka telah dicuri, Australia berkemungkinan akan mengikut jejak Britain.

Britain kelmarin telah mengecewakan Israel apabila mengambil langkah yang memeranjatkan dengan menghalau diplomat Israel. Setiausaha Luar Negeri berkata terdapat “bukti jelas” menunjukkan agensi perisikan Israel Mossad telah memalsukan paspot British untuk digunakan dalam pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh di Dubai pada Januari.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  Bob

Categories
Berita Semasa

Daily Telegraph: Britain rancang tuduhan rasmi ke atas Mossad atas pembunuhan di Dubai.


Khamis, 25/03/2010 – Akhbar Daily Telegraph melaporkan Selasa lalu bahawa Kementerian Luar British sedang menimbang untuk membuat tuduhan rasmi ke atas pasukan perisikan Israel, Mossad, terlibat di dalam pembunuhan pegawai atasan Hamas, Mahmoud Al-Mabhouh di Dubai, Januari lalu.

Akhbar itu turut melaporkan duta Israel di London, Ron Prosor, telah dipanggil oleh kementerian tersebut pada Isnin lalu untuk dimaklumkan hasil siasatan atas pembunuhan pemimpin Hamas di Dubai yang berlaku dua bulan yang lalu.

Spekulasi kencang turut mengandaikan seorang diplomat atasan Israel akan dipecat sebagai tanda kemarahan kerajaan kerana para pemegang pasport British telah diletakan dalam risiko berikutan operasi tersebut, menurut akhbar itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Netanyahu isytihar projek penempatan baru.

Khamis, 25/03/2010 – Setiausaha kerajaan Zionis membayangkan bahawa Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berazam akan mengisytiharkan beberapa projek pembinaan penempatan baru di seluruh bandar al-Quds dan Tebing Barat, sekembalinya dari lawatan yang sedang dilakukannya ke Amerika Syarikat.

Tzvi Hauzer berkata dalam satu temubual dengan radio Zionis pada hari Selasa (23/3): “Secara khusus ia berkait rapat dengan masalah masa mengisytiharkan projek-projek penempatan tersebut, kerana keputusan dibuat sebelum ini untuk mengubah dan menangguhkan masa pengisytiharan seperti ini sehingga berbetulan dengan lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat.

Beliau juga menegaskan dalam kenyataannya bahawa tidak berlaku perubahan pada polisi pembinaan penempatan yang dijalankan oleh Israel di bandar al-Quds. Cuma kerajaan Israel tidak berniat untuk terlibat dalam pertembungan yang boleh dielakkan dan ia tidak mahu mengisytiharkan projek-projek pembinaan penempatan baru berbetulan dengan lawatan Netanyahu sebagai mempersendakan Washington.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Gaza: Serangan Israel mencederakan empat rakyat Palestin.

Khamis, 25/03/2010 – Satu serangan udara oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza semalam menyebabkan empat rakyat Palestin cedera.

Keempat-empat mereka cedera, termasuk seorang wanita, yang terkena serpihan peluru ketika kapal terbang perang F16 Israel menembak sebuah rumah di Al-Tofah di Timur Kota Gaza. Rumah kosong itu benar-benar hancur dan tiga buah rumah kejiranannya rosak.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan itu, mengatakan bahawa itu adalah serangan balas kepada serangan roket terhadap Israel sebelum ini. Beliau mendakwa bahawa rumah itu digunakan untuk membuat senjata.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Isu israel terhadap perintah pemusnahan 8 buah rumah di Baitulmuqaddis

Khamis, 25/03/2010 – Menurut beberapa sumber Palestin di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis melaporkan bahawa dewan bandaraya Israel di bandar suci telah mengeluarkan arahan pemusnahan terhadap lapan buah rumah penduduk Palestin di persekitaran Ras Shehadeh dan Issawiya sebagai langkah awal untuk memulakan projek penempatan Shaare Hamizrah.

Sumber tersebut menambah bahawa projek penempatan ini meliputi pembangunan 2.000 unit perumahan, pusat sukan, hotel dan kemudahan pelancongan dan akan disambungkan dengan penempatan I1 dan Maale Adumim, pembangunan yang akan membuatkan Baitulmuqaddis dikelilingi sepenuhnya oleh penempatan di bahagian timur.

Projek penempatan baru ini jelas mengancam puluhan keluarga Palestin dengan perpindahan dan pengusiran dari daerah asal mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel halang petani ke tanah mereka di Nablus.

Khamis, 25/03/2010 – Pendatang Israel hari ini menghalang beberapa petani daripada perkampungan Qaryut , tenggara Nablus ditebing barat menghalang mereka daripada tiba ke tanah mereka.

Pihak berkuasa penempatan Tebing Barat, Ghassan Douglas, memberitahu agensi berita SAFA: “Pendatang daripada penempatan Rachel , yang bersebelahan dengan kampung itu, menghalang petani daripada tiba ke tanah mereka untuk bertani kemudian dipaksa ke pos kawalan, sementara itu tiada kecederaan dilaporkan.”

Juga, Pendatang Israel juga menyerang petani Palestin daripada perkampungan Senjel, utara Ramallah, dan menghalang mereka daripada masuk ke tanah milik mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel ceroboh Utara Gaza, bantu penduduk haram di Tebing Barat.

Khamis, 25/03/2010 – Tentera Penceroboh Israel dengan kereta kebal mengiringi jentolak ke utara Gaza berdekatan Beit Hanun dan memusnahkan bangunan disekitarnya.  Saksi memberitahu 4 jentolak besar mengerjakan kawasan tersebut yang dilindungi oleh tentera penceroboh Israel.

Tentera Israel juga membantu dan memberi perlindungan kepada penduduk haram di kampung Singil Ramallah apabila penduduk haram ini berusaha mengambil tanah penduduk Palestin dengan menghalang peladang Palestin daripada mengusahakan tanah mereka.

Penduduk haram ini membaling batu ke arah petani-petani Palestin dan cuba merampas traktor kepunyaan mereka tetapi petani-petani Palestin berjaya menghalau mereka namun selepas itu tentera Israel mengepung perkampungan itu dan mengawal aliran keluar masuk bertujuan memberi perlindungan kepada penduduk haram.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Britain halau diplomat Israel.


Khamis, 25/03/2010 – Hamas menyambut baik keputusan Britain mengusir diplomat Israel dari London berikutan penglibatannya dalam pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmuod Al-Mabhouh di Dubai Januari lalu.

Dr Salah al-Bardawil, salah seorang pemimpin Hamas di Gaza dalam satu kenyataan akhbar Selasa lalu mengatakan para pemimpin Israel mesti diadili di mahkamah antarabangsa.

Beliau juga menyatakan para pemimpin Israel telah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang ceroboh al-Aqsa untuk ibadat korban.


Khamis, 25/03/2010 – Beberapa kumpulan pelampau Zionis berazam untuk menyerbu dan mencerobohi Masjid al-Aqsa pertengahan minggu depan sempena Hari Easter Yahudi beberapa hari selepas pembukaan kuil al-Kharraq bersebelahan masjid al-Aqsa. Pada tahun lepas, beberapa orang pelampau Yahudi cuba melakukan pencerobohan tersebut tetapi berjaya dihalang oleh rakyat Palestin.

Syeikh Kamal Khatib, Timbalan Ketua al-Harakah al-Islamiyyah di tanah jajahan 1948 memberi amaran bahawa beberapa kumpulan Yahudi itu telah membuat seruan untuk melakukan pencerobohan tersebut sehari selepas pembukaan kuil al-Kharab. Mereka telah membuat permohonan rasmi kepada pihak Polis Israel untuk membenarkan mereka menyembelih binatang korban sempena hari tersebut pada 29 dan 30 Mac ini.

Beliau menambah dalam satu kenyataan kepada al-Jazeera bahawa pihak penjajah akan membenarkan kumpulan Yahudi tersebut menceroboh Masjid al-Aqsa untuk menyembelih binatang korban. Tetapi saya tegaskan bahawa kumpulan wanita yang datang dan bertahan di kawasan masjid al-Aqsa setelah kaum lelaki dihalang daripada memasukinya akan menggagalkan perancangan mereka untuk menceroboh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir dan Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel culik 9 rakyat Palestin dari Hebron.

Khamis, 25/03/2010 – Tentera rejim Zionis hari ini menculik 9 orang penduduk Kampung Dura yang terletak di barat daya Hebron, sebuah wilayah yang dijajah Israel di Tebing Barat.

Sumber keselamatan memberitahu agensi berita SAFA bahawa rejim Zionis telah menangkap dua lelaki bersaudara iaitu Amjad, 32 dan Shadi Al-Shahateet, 24 semasa operasi ke atas Bandar itu. rejim Zionis juga telah menculik 7 penduduk lagi selepas menyerbu rumah mereka di Kampung Khrsa, selatan Dura.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Mesir menahan 3 nelayan Gaza.

Rabu , 24/03/2010 – Tiga nelayan Gaza telah ditahan Ahad petang oleh Pasukan Keselamatan Mesir di luar Pantai Gaza selepas memasuki kawasan perairan Mesir, sumber Palestin melaporkan.

Nizar Ayash, ahli kesatuan nelayan Palestin, berkata kepada Agensi berita SAFA bahawa kepungan dan halangan Israel hanya membenarkan nelayan Gaza menangkap ikan pada jarak 3 kilometer sahaja , sebelum ini 20 kilometer. membuatkan mereka mencari pantai yang lain.

Dia menampah, kejadian sebegitu berlaku juga bulan lepas, tetapi Pasukan Keselamatan Mesir membebaskan mereka selepas beberapa jam ditahan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah