
Selasa, 28/04/2009 – Empat warga Palestin tercedera pada Isnin lalu berdekatan tempat perdagangan Mintar di timur bandar raya Gaza akibat serangan angkatan tentera Israel.

Selasa, 28/04/2009 – Empat warga Palestin tercedera pada Isnin lalu berdekatan tempat perdagangan Mintar di timur bandar raya Gaza akibat serangan angkatan tentera Israel.

Selasa, 28/04/2009 – Usamah Hamdan, wakil HAMAS di Lubnan berpendapat Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang sudah tamat tempoh pemerintahannya telah memandulkan dialog nasional Palestin dalam ucapannya hari ini. Beliau juga menambah isi-isi ucapan Abbas saling bercanggahan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa perjuangan yang dilakukan HAMAS adalah hak yang diperakui dan dijamin oleh undang-undang, manakala perancangan Abu Mazin yang mahu menghentikan perjuangan tersebut tidak lahir daripada kelestarian nasional Palestin.

Selasa, 28/04/2009 – Sumber rasmi di Iran Ahad lalu melaporkan pihak perisikan Iran berjaya memahami apa yang disifatkan sebagai “sel pengganas yang dikaitkan dengan Israel”. Sumber itu berkata anggota sel itu sedang merancang untuk mengadakan siri pengeboman di Tehran ketika pilihan raya presiden Iran berlangsung.

Isnin, 27/04/2009 – Seorang penganalisis politik, Dr Anis al-Naqqash berkata bahawa keputusan kerajaan Zionis memberhentikan perundingan tentang pertukaran tentera Zionis yang ditawan Gel’ad Shalit adalah kerana keadaan teragak-agak yang sedang dilalui oleh kerajaan golongan kanan sekarang.

Isnin, 27/04/2009 – Mushir al-Misri seorang pimpinan HAMAS dan anggota Majlis Perundangan Palestin bagi blok ‘Perubahan dan Reformasi’ menegaskan bahawa dialog Palestin-Palestin tidak akan maju seinci pun jika tidak menerima pilihan pejuang menentang penjajahan Zionis.
.jpg)
Jumaat, 24/04/2009 – Khalid Mashal, Ketua Biro Politik Hamas di Syria yang berbincang dengan ahli parlimen Britain melalui persidangan video pada Khamis lalu berkata Israel adalah penghalang terbesar kepada keamanan kerana mereka menggagalkan perbagai perjanjian damai termasuk inisiatif dari negara Arab.

Jumaat, 24/04/2009 – Satu pergaduhan tercetus antara tentera Zionis Israel dengan rakyat Palestin di sini. Pergaduhan berpunca apabila tentera Zionis Israel menyerbu dan menyelongkar rumah rakyat Palestin. Di laporkan seramai 5 orang tentera Zionis Israel cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap. Akibat kejadian itu, Zionis Israel menutup jalan-jalan ke Kafr Qasim.
Turut berada di situ ialah kenderaan berat tentera yang digunakan untuk berdepan dengan rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Khamis, 23/04/2009 – r. Yahya Musa wakil dewan perundangan dari Hamas menegaskan Amerika tidak layak untuk mengetuai proses damai. Negara itu juga tidak mempunyai kebolehan dan kepercayaan untuk memimpin kesepakatan diantara ZIonis-Israel dengan Palestin.

Khamis, 23/04/2009 – Anggota Biro Politik HAMAS, Muhamamd Nasr menafikan wujud cadangan baru mengenai perjanjian perdamaian yang telah dicapai di Kaherah baru-baru ini dengan pihak Zionis. Beliau juga menegaskan HAMAS tetap berpegang teguh dengan syarat-syaratnya yang telah dipersetujui sebelum ini dengan perantaraan Mesir.

Khamis, 23/04/2009 – Sumber Israel melaporkan Ketua Perisikan Mesir bersama ketua perunding negara itu bercadang untuk melawat Israel Rabu ini bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Israel, namun akan cuba mengelak untuk bertemu dengan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman.

Selasa, 21/04/2009 – Hamas di Tebing Barat mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang setia kepada Fatah telah menahan 10 penyokong Hamas di utara Tebing Barat bandar Tulkarem, termasuk 8 daripada mereka yang pernah ditahan di Israel.

Selasa, 21/04/2009 – Khalid Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS menegaskan gerakannya tidak akan membenarkan dialog Palestin ditukar menjadi acara ‘merebus batu’ dan menyeru agar keegoan dan penerimaan campurtangan luar ditinggalkan sama sekali. Beliau juga mengatakan pihak pejuang Palestin mampu menjayakan perjanjian pertukaran tawanan dengan syarat-syarat yang ditentukan pihak pejuang sendiri.

Isnin, 20/04/2009 – Gerakan Perubahan dan Reformasi Dewan Perundangan Palestin mengecam keras cubaan bunuh Syaikh Hamid Betawi. Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan Fatah. Selain itu, pimpinan Hamas turut ditangkap. Kejadian berlaku setelah Syaikh Hamid selesai solat Zuhur di masjid. Menurut salah seorang pimpinan Hamas, Misri (gambar) , sejak kemenangan Hamas di parlimen Palestin, pelbagai bentuk kekejaman dan kezaliman dilakukan oleh Fatah.
Dengan perkembangan yang terkini, rundingan damai antara Hamas dan Fatah menemui jalan sukar.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Isnin, 20/04/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk melawat Amerika Syarikat selepas dia diberitahu bahawa Presiden AS, Barack Obama tidak akan bertemu dengannya.
Netanyahu telah merancang untuk melawat Amerika Syarikat dengan tujuan untuk menyertai mesyuarat AIPAC (Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel).
Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan Netanyahu telah memberitahu presiden Israel, Shimon Peres untuk mewakili Israel pada mesyuarat itu.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79

Isnin, 20/04/2009 – Jurucakap HAMAS, Fawzi Barhoum menolak tuduhan yang dibuat oleh Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Gaza bahawa pasukan keselamatan telah melakukan jenayah pembunuhan di luar batasan keadilan dan penghakiman semasa serangan Zionis terhadap Gaza baru-baru ini.