Categories
Berita Semasa

(Terkini) Pecahkan kepungan Gaza bagi laluan ubat-ubatan.

Khamis,  27/08/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza menyuarakan rayuan kepada kumpulan hak asasi manusia dan pertubuhan kesihatan antarabangsa membantah pengepungan Israel dengan tujuan membenarkan kemasukan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza terutama kepada 400 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

Kementerian itu menambah ia memerlukan beberapa ubat dan peralatan perubatan terutama cecair dan formula khas yang digunakan dalam prosedur dialisis. Pihak kementerian berkata para pesakit di Gaza terutama mereka yang menghidap penyakit jantung, kanser, kegagalan buah pinggang dan penyakit serius lain berhadapan dengan kematian tidak lama lagi kerana Israel masih meneruskan pengepungan manakala hospital dan pusat perubatan kehabisan bekalan asas dan peralatan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79