Selasa, 01-06-2021 – Polis rejim zionis Israel pada hari Sabtu lepas menculik seorang remaja Jerusalem dari kawasan timur Jerusalem , dalam daerah Issawwiya dan menyerahkan perintah berkurung kepada bapanya.
Menurut sumber tempatan, polis rejim zionis menculik Nayef Obeid yang berusia 17 tahun semasa beliau dalam perjalanan ke kedai runcit di kawasan Obied di daerah Issawiya and membawanya ke pusat penahanan Moskobiya. Tiada maklumat tentang sama ada beliau telah dibebaskan kemudian.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hairul ahmad
Selasa, 01-06-2021 – Polis rejim Israel menahan seorang pemuda Palestin pada subuh hari Sabtu di Negev selepas mengejar kereta dipandunya dan melepaskan tembakan.
Menurut laporan pihak polis rejim, pemuda itu tidak berhenti di sekatan jalan sebaliknya terus memandu dengan laju, kemudian merempuh kereta polis rejim mengakibatkan empat anggota polis pengawal sempadan rejim cedera dan akhirnya pemuda itu telah ditangkap.
Pada kejadian sebelum itu pula, polis rejim Israel dikatakan telah menyerang seorang pemuda Palestin yang sedang memandu kereta. Kejadian berlaku di Haifa pada malam hari Jumaat lalu.
Selasa, 01-06-2021 – Puluhan peneroka Yahudi, termasuk Menteri Perumahan Israel Yaakov Litzman, mencemarkan Masjid Al-Aqsa di bawah kawalan polis pada pagi Ahad.
Menurut sumber setempat, lebih 70 orang peneroka memasuki masjid itu melalui Pintu al- Maghariba dan mengelilingi halamannya di bawah perlindungan polis.
Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki masjid pada jam 10:30 pagi setelah para peneroka melengkapkan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan oleh peneroka pada sebelah petang.
Selasa, 01-06-2021 – Rejim Israel memaksa seorang penduduk Palestin di Al-Taybeh yang terletak di wilayah yang diduduki Israel 1948 merobohkan sendiri rumah yang sedang dalam pembinaan kerana bangunan itu tidak berlesen.
Sumber tempatan melaporkan bahawa pemilik rumah, Nabil Amr telah dipaksa untuk meruntuhkan sendiri rumah yang sedang dibinanya itu bagi mengelakkan dari disaman serta dikehendaki membayar belanja kerja meroboh yang lebih tinggi.
Pihak rejim Israel masih terus meroboh rumah penduduk dan bangunan milik pertubuhan Arab walau pun pengumuman terbaru menyatakan pihak rejim membekukan sebarang pindaan pada Artikel 116 A Rancangan dan Undang-Undang Bangunan. Artikal itu menyatakan tempoh dua tahun diberi sebelum perobohan ribuan rumah penduduk Arab dilakukan bagi membolehkan rumah mereka dilesenkan dan dalam masa sama mengelak dari diruntuhkan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : zainudin
Selasa, 01-06-2021 – Dalam tempoh dua hari lepas, lebih 250 pemuda dan wanita Palestin ditahan atas tuduhan penglibatan mereka dengan kekacauan terkini.
Hasan Jabareen, pengarah Pusat Perundangan untuk Hak Minoriti (Adalah), berkata, satu keputusan politik dari rejim Israel menjadi dalang di sebalik penangkapan terbaru di kawasan Arab, dan menyifatkannya sebagai tidak sah dan bertujuan mengganas terhadap warga Palestin. Penahanan tidak dilakukan terhadap pemuda Yahudi yang melakukan keganasan kepada warga Palestin dan harta benda mereka di Israel, demikian pengumuman polis pada Ahad lepas.
Selasa, 01-06-2021 – Parlimen Ireland secara sebulat suara meluluskan usul yang mengecam “aneksasi de facto haram” terhadap tanah Palestin, termasuk Timur Baitulmaqdis oleh Rejim Zionis.
Usul itu, yang dibentangkan oleh parti pembangkang Sinn Fein, disahkan pada hari Rabu setelah mendapat sokongan parti.
Ini menjadikannya negara Kesatuan Eropah pertama yang mengambil kedudukan tersebut dan menggunakan ungkapan “aneksasi de facto yang tidak sah” berkaitan dengan kehadiran Israel dan pencurian tanah di wilayah Palestin yang dijajah.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : nurul
Selasa, 01-06-2021 – Tentera zionis Israel telah menyersbu dan menculi beberapa orang rakyat Palestine di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam Rabu dan berlanjutan hingga subuh Khamis.
Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel di timur Jerusalem menculik sejumlah penduduk dari rumah mereka. Sebilangan dari mereka dikenali sebagai Nihda al-Zafhir, Adham Obeidat, Adnan Aliyan, Uday Kabaja dan Mohamed Kabaja.
Di pinggir bandar Jarusalem pula, zionis Israel menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Ahmed Abu Samra setelah menggeledah rumahnya di kem pelarian Qalandia.
Selasa, 01-06-2021 – Qatar menjanjikan $500,000 untuk projek pembinaan semula di Semenanjung Gaza yang dilanda perang, menurut Jawatankuasa Pembinaan Semula Gaza Qatar. Di laman web rasminya, Jawatankuasa Qatar menyatakan bahawa Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, telah mengeluarkan arahan untuk memperuntukkan setengah billion dollar sebagai sokongan untuk pembinaan semula Gaza.
Jawatankuasa itu menjelaskan dana tersebut akan digunakan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza menghadapi cabaran hidup baru yang disebabkan oleh serangan terakhir Israel dan untuk menyumbang membina semula dan memulihkan kemudahan serta infrastruktur perkhidmatan yang terjejas dan rumah-rumah kediaman yang mengalami kemusnahan atau kerosakan.
Selasa, 01-06-2021 – Mogok lapar terbuka tahanan Palestin Al-Ghadhanfar Abu Atwan telah memasuki hari ke-22. Mogok tersebut adalah sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbirannya yang dijalankan tanpa dakwaan atau perbicaraan.
Menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS) pada hari Rabu, perkhidmatan penjara Israel baru-baru ini memindahkan tahanan Abu Atwan, 28, ke sebuah sel pengasingan di penjara Ohalei Kedar (Beersheba) untuk memaksanya untuk mengakhiri mogok laparnya.
Abu Atwan telah ditahan secara pentadbiran sejak Oktober 2020. Dia juga pernah ditahan secara pentadbiran beberapa kali sebelumnya.
Atas perintah pemerintah mereka, pentadbiran keamanan dan perisikan Israel telah mempertingkatkan penahanan warga Palestin secara pentadbiran pada bulan Mei.
Menurut PPS, 155 perintah, sama ada untuk menahan rakyat Palestin secara pentadbiran atau pun untuk melanjutkan perintah sebelumnya, telah dikeluarkan antara 1 dan 20 Mei pada bulan yang sama, yang telah menyebabkan peningkatan jumlah tahanan pentadbiran kepada sekitar 500 orang rakyat Palestin.
Selasa, 01-06-2021 – Pengarah operasi UNRWA Matthias Schmale telah memohon maaf di atas komen yang dibuatnya di TV Israel di mana dia berkata bahawa serangan ketenteraan Israel ke atas Semenanjung Gaza dilihat sebagai ‘tepat’.
Dalam satu komen di Twitter, Schmale menyatakan bahawa tentera Israel tidak terikat dengan undang-undang antarabangsa semasa perang terakhirnya ke atas Gaza dan membunuh berpuluh orang awam, lantas menyeru siasatan dan kebertanggungjawapan antarabangsa.
“Membunuh lebih 200 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak adalah tindakan yang tidak mengikut undang-undang peperangan. Satu siasatan dan kebertanggungjawapan bebas ke atas tindakan tersebut hendaklah diwujudkan”, katanya di Twitter.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : amrul azmi mizan
Selasa, 01-06-2021 – Polis Israel dan Perkhidmatan Keselamatan Umum (Shin Bet) menangkap seramai 165 pemuda dan wanita Palestine pada tahun 1948 dalam dalam masa dua hari kerana mereka menyertai tunjuk perasaan menentang pencerobohan di Jerusalem dan Semenanjung Gaza serta terhadap serangan penceroboh ke atas rakyat Palestin.
Hampir 48 laman web Arab melaporkan bahawa jumlah tahanan di Al-Taybeh, Al-Tira, Umm Al-Fahm dan Qalansawa pada hari Ahad dan Isnin telah mencapai 13 orang. Lapan daripadanya telah dibebaskan. Saksi turut melaporkan bahawa sejumlah pemuda di Haifa dan kota Kafr Qara turut ditangkap.
Pada Selasa, polis Israel menahan tiga lagi warga dari kampung Aylout kerana disyaki cuba menyerang seorang anggota polis semasa kejadian baru-baru ini.
Khamis,27-05-2021 – Satu unit khas tentera Zionis pada waktu subuh Selasa membunuh seorang pemuda Palestin di Bandar al-Bireh berhampiran Ramallah di Tebing Barat yang dijajah.
Menurut sumber tempatan, tentera berpakaian biasa menyusup masuk kejiranan Umm ash-Sharayet di Kota al-Bireh dan melepaskan tembakan ke arah pemuda itu, membunuhnya segera.
Saksi mata mengenal pasti pemuda itu sebagai Ahmed Jamil al-Fahed dari Kem Pelarian al-Am’ari, dan mengatakan bahawa dia berdarah hingga mati di jalan kejiranan setelah sebuah unit penyamar menembaknya di jarak dekat.
Jenazah syuhada dibawa ke Hospital Palestin di Ramallah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Khamis,27-05-2021 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera terkena peluru selepas pendatang haram Yahudi melepaskan tembakan ke arah mangsa. Kejadian pada petang Isnin itu berlaku di perkampungan Janiya, barat Ramallah
Menurut saksi yang melihat kejadian, seorang pendatang Yahudi dari petempatan haram Dolev, berdekatan kampung itu menembak sebutir peluru ke arah mangsa yang dikenali sebagai Nadeem Madlum, 15 tahun dan mengakibatkan mangsa cedera di tangan.
Pendatang Yahudi itu mengancam akan membunuh kanak-kanak tersebut sebelum melepaskan tembakan, demikian kata saksi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Khamis,27-05-2021 – Tentera Israel berpakaian preman pada petang Isnin lalu telah menculik seorang warga Palestin dan anaknya dari tempat kerja mereka di kampung Barta’ah berhampiran pagar pemisah di barat daya Jenin.
Menurut saksi, tentera yang menyamar telah menculik Khaled al-Saadi dan anaknya Nimr ketika mereka sedang bekerja di pasar sayur di Barta’ah.
Anggota unit penyamar seperti itu sering menyamar sebagai orang Arab atau Palestin untuk melakukan operasi pembunuhan atau penculikan.
Mereka dikenali oleh orang tempatan sebagai Musta’ribeen dalam bahasa Arab, atau Mista’arvim dalam bahasa Ibrani, yang bermaksud orang atau tentera yang berpura-pura menjadi orang Arab dan pakar dalam bahasa dan budaya Arab. Dalam istilah keselamatan Israel, perkataan berkenaan merujuk kepada pasukan keselamatan atau perisik yang menyamar sebagai orang Arab dan menjalankan misi di tengah-tengah kawasan Palestin atau negara-negara Arab yang lain.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis,27-05-2021 – Seorang komander kanan Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, menegaskan bahawa perjuangan Palestin dapat mengukuhkan “penyamaan terhadap tembakan untuk tembakan, kemusnahan untuk kemusnahan dan darah untuk darah”.
Ketika berucap pada upacara peringatan untuk para syuhada yang diadakan oleh Hamas di Gaza pada hari Isnin, komander al-Qassam mengatakan bahawa perjuangan Palestin dan kekuatan roketnya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga untuk mempertahankan Jerusalem dan Masjid al-Aqsa jika ada keputusan baharu yang dikeluarkan mengenainya.
“Kami menjawab permintaan Jerusalem dan menunjukkan beberapa yang kami miliki, tetapi apa yang tersembunyi pasti jauh lebih besar,” tambah komander itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar