Categories
Berita Semasa

Rejim Israel paksa warga Palestin robohkan sendiri rumah.

Selasa, 01-06-2021 – Rejim Israel memaksa seorang penduduk Palestin di Al-Taybeh yang terletak di wilayah yang diduduki Israel 1948 merobohkan sendiri rumah yang sedang dalam pembinaan kerana bangunan itu tidak berlesen.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pemilik rumah, Nabil Amr telah dipaksa untuk meruntuhkan sendiri rumah yang sedang dibinanya itu bagi mengelakkan dari disaman serta  dikehendaki membayar belanja kerja meroboh yang lebih tinggi.

Pihak rejim Israel masih terus meroboh rumah penduduk dan bangunan milik pertubuhan Arab walau pun pengumuman  terbaru menyatakan  pihak rejim  membekukan sebarang pindaan  pada Artikel  116 A Rancangan dan Undang-Undang Bangunan. Artikal itu menyatakan tempoh dua tahun diberi sebelum perobohan ribuan rumah  penduduk Arab dilakukan bagi membolehkan rumah  mereka dilesenkan dan dalam masa sama  mengelak dari diruntuhkan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : zainudin