Khamis, 24-11-2022 – Beberapa warga Palestin cedera Ketika serbuan pada Isnin oleh tentera rejim zionis (IOF) di taman permainan al-Khader di selatan Tebing Barat bandar Bethlehem.
“Tentera IOF menyerbu taman permainan Ketika kejohanan bola sepak sedang berlangsung”, pengarah taman tersebut, Yousef Sayel, berkata dalam kenyataan akhbar.
Beliau menambah yang tentera rejim menembak bom gas pemedih mata ke arah stadium dan padang, menyebabkan sejumlah pemain dan penonton sukar bernafas.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 22-11-2022 – Sejumlah warga Palestin termasuk seorang wanita hamil, cedera pada petang Selasa ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF)di barat kota Jenin Tebing Barat.
“Seorang wanita Palestin yang hamil, cedera setelah tentera rejim menyerangnya,” sumber perubatan melaporkan, dan menambah yang empat warga Palestin mengalami kesukaran bernafas ketika serangan ketenteraan Israel di bandar Burqin, Jenin.
IOF turut menahan seorang remaja berusia 16 tahun, Mohammed Jarrar setelah menyerbu rumahnya di bandar itu, demikian menurut sumber tempatan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 22-11-2022 – Pergerakan Hamas memuji keberanian pejuang penentang Palestin, Mohammed Souf yang syahid selepas melakukan serangan di Salfit pada pagi hari Selasa.
Dalam kenyataan akhbar hari sama, Hamas menegaskan bahawa operasi penentangan tersebut merupakan tindak balas semula jadi terhadap jenayah Israel yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin di mana yang terbaru adalah pembunuhan berdarah ke atas gadis Palestin berusia 15 tahun, Fulla al-Masalmeh berhampiran Ramallah di Tebing Barat.
Pergerakan itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Syahid Souf dan menyeru pemuda-pemuda Palestin untuk mengikuti jejaknya serta meningkatkan penentangan mereka terhadap jenayah dan pencerobohan Israel yang semakin meningkat di seluruh wilayah Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 16-11-2022 – Kementerian Kesihatan Palestin telah mengenal pasti gadis Palestin yang dibunuh oleh tentera rejim zionis (IOF) dekat Tebing Barat, wilayah Ramallah sebagai Fulla al-Masalmeh.
Kementerian menyatakan pada Isnin yang al-Masalmeh sepatutnya menyambut hari jadinya yang ke 16 pada Selasa. Beliau ditembak mati dalam serbuan ketenteraan Israel di bandar Beituniya dekat Ramallah.
Gerakan Hamas berkabung di atas kematian gadis Palestin itu yang ditembak mati di kepala oleh IOF ketika serbuan subuh di Beituniya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 16-11-2022 – Buat pertama kali sejak tujuh tahun lalu, ibu kepada tahanan penjara Israel, Ahmed Manasra, berjaya menyentuh jemarinya.
Dalam kenyataan akhbar, hakim Israel menolak permintaan wanita itu untuk berjabat tangan, dan hanya membenarkan dua minit untuk beliau menyentuh jemari anaknya.
“Saya menyentuhnya buat kali pertama dalam tujuh tahun ini,” jelas si ibu kepada wartawan dalam sesi percubaan Israel memanjangkan tempoh tahanan Ahmed Manasra.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah AJ
Rabu, 16-11-2022 – Para pejuang perlawanan Palestin di Tebing Barat melakukan 26 aksi perlawanan sepanjang 24 jam terakhir. Menurut sumber Palestin, aksi yang paling banyak adalah melempar batu dan bom molotov ke kenderaan penduduk pendatang Yahudi dan membaling alat peledak ke arah pasukan penjajah Zionis Israel.
Para pemuda pejuang Palestin melemparkan bom molotov dan batu ke kenderaan para penduduk pendatang Yahudi dan menghancurkannya di kota Azzun dan al-Funduq di Qalqilya.
Mereka menyerang pasukan Zionis Israel dengan bom Molotov dan alat peledak berdekatan kota Beit Amr di Hebron, melemparkan batu ke kenderaan penduduk pendatang Yahudi dan memusnahkan kenderaan Israel di jalan “Gush Etzion”.
Para pemuda pejuang melemparkan bahan peledak ke arah pasukan Zionis Israel sepanjang konfrontasi meletus di desa Nabi Saleh di Ramallah dan merosakkan kenderaan penduduk pendatang Yahudi di kota Zubaidat di Jericho.Pertempuran berlaku di 10 tempat konfrontasi, di wilayah Ramallah, Qalqilya, Jericho dan Hebron, di mana para pemuda melempar pasukan penjajah Zionis Israel dengan batu.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 16-11-2022 – Rejim Israel melancarkan kempen serbuan dan tangkapan besar-besaran di seluruh Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada subuh hari Isnin.
Sumber tempatan melaporkan bahawa empat tangkapan dilakukan di bandar Anata di Jerusalem
Rejim Israel juga menahan bekas banduan Akram Salama di bandar Beitunia hanya beberapa hari selepas dia dibebaskan dari penjara PA.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 15-11-2022 – Dua orang rakyat Palestin cedera pada hari Khamis selepas tentera rejim Israel melepaskan peluru hidup dan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestin di bandar al-Bireh, Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa dua warga Palestin cedera terkena peluru hidup dilepaskan rejim Israel semasa pertempuran yang meletus antara tentera rejim dan warga Palestin di kawasan Jabal al-Tawil di bandar al-Bireh.
Dalam insiden lain, rejim Israel mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap dua bangunan milik warga Palestin selepas menyerbu kawasan Humsa di utara Lembah Jordan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 11-11-2022 – Dua minggu selepas dibebaskan dari penjara Pihak Autonomi Palestin, Rejim Zionis Israel menculik Mousa ad-Duwaikat, pada pagi Selasa lepas , seorang pelajar Universiti Kebangsaan an-Najah, ketika serbuan ke atas rumah beliau di Nablus.
Pada bulan Oktober lepas, pasukan keselamatan PA di Nablus menculik Duwaikat dari Bandar Balata sejurus beliau dibebaskan dari penjara Junaid. Dia telah ditahan beberapa kali sebelum ini oleh Pihak Autonomi Palestin. Pada tahanan yang lepas, pihak berkuasa Palestin tidak mahu menurut perintah mahkamah agar Duwaikat dibebaskan dari penjara.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Jumaat, 11-11-2022 – Batalion Balata telah memberi amaran kepada Israel tentang kesan buruk jika ahli Knesset dibenarkan melawat Makam Joseph di timur Tebing Barat Nablus.
Dalam kenyataan akhbar pada Selasa, Batalion itu yang sebelum ini merupakan kumpulan pejuang Palestin yang tidak dikenali, memberi amaran yang Israel ingin mencuba nasib membenarkan ahli Knesset untuk mengerjakan ibadat Talmud di Makam Joseph.
Ia turut mengumumkan kesediaan untuk menghadapi serbuan Israel dengan apa cara sekalipun, dan menambah yang ia akan tetap melalui jalan yang dibuka oleh para syuhada.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 11-11-2022 – Belasan peneroka ekstrem Yahudi diiring pasukan polis, mencemari Masjid Aqsa pagi Selasa dan tengah hari.
Menurut laman sesawang Al-Qastal News, sekurang-kurangnya 177 peneroka secara berkumpulan memasuki masjid melalui Gerbang Maghariba, sebelum mengelilingi halamannya dibawah pengawasan polis.
Dalam lawatan tersebut, mereka menerima dakyah para rabbi tentang dakwaan gunung kuil. Segelintirnya pula melakukan ritual Talmud secara provokatif.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah AJ
Jumaat, 11-11-2022 – Pertempuran dilaporkan berlaku pada petang hari Selasa di antara pemuda Palestin dan polis Israel di kem pelarian Shuafat, utara Baitulmuqaddis.
Polis Israel melepaskan bom gas pemedih mata ke arah pelajar Palestin semasa mereka meninggalkan sekolah di kem itu, menurut saksi.
Mereka menambah bahawa polis Israel menahan seorang pemuda Palestin di pusat pemeriksaan Shuafat selepas sekumpulan pemuda Palestin membaling batu ke arah pegawai polis yang melakukan serbuan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 11-11-2022 – Serangan pejuang terus meningkat dan menunjukkan perkembangan dalam menentang penjajah di Tebing Barat dan Al-Quds, terutama perlawanan bersenjata yang memperlihatkan keberanian menghadapi penjajah dari jarak dekat sepanjang tahun 2022.
Pusat Data Palestin (Mutha) mencatat peningkatan rekord perjuangan Palestin sejak awal tahun 2022. Ia mencatatkan 10325 pertempuran termasuk 565 serangan bersenjata api, 35 serangan tikaman atau percubaan menikam dan 14 serangan melanggar atau percubaan melanggar.
Di Tebing Barat dan Al-Quds berlaku 160 pemasangan jerat atau penyerangan menggunakan peledak, 61 pembakaran fasiliti Zionis, kenderaan dan markas militan, merosakkan 109 kenderaan dan kelengkapan tentera serta menembak jatuh 2 buah pesawat Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman