
Isnin, 22-05-2023 – Pasukan penjajah Israel pada Selasa (16/5/2023) malam menyerbu wilayah timur Nablus sebagai persiapan untuk penyerbuan penduduk pendatang Yahudi ke Makam Yusuf.
Sebuah sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan besar tentera penjajah Israel disertai dengan dua jentolak menyerbu wilayah timur Nablus ketika berlaku pertempuran berdekatan persimpangan Al-Ghawi dan Jalan Amman di daerah tersebut.
Para mujahidin menghadapi pasukan penjajah dan mensasarkan jentolak dan menembusi kenderaan militan dengan alat peledak di Jalan Amman sebelah timur Nablus, selain mensasarkan mereka dengan tembakan peluru.
Pasukan penjajah Israel menembak peluru tajam dan pemedih air mata secara ekstensif dalam serangan tersebut.
Tentera penjajah Israel dan penduduk pendatang Yahudi melanjutkan serangan mereka terhadap rakyat Palestin di tempat-tempat suci mereka dan harta benda. Puluhan warga tercedera di Jenin, Jericho dan Hebron.
Pasukan penjajah Israel juga menangkap 18 warga Tebing Barat, menghancurkan dua buah rumah dan ruang pertanian di Bethlehem serta menyita 3 kenderaan di Hebron.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman