Categories
Berita Semasa

Hamas : Pertemuan Abbas-Obama hanya bersifat menanggung kemelaratan dan kerugian Abbas.

Selasa,  26/05/2009 – Gerakan Hamas, menegaskan jangan terlalu berharap dengan hasil pertemuan Mahmud Abbas dan Presiden Amerika, Barack Obama. Pertemuan tersebut merupakan penyempurnaan dari tindakan Abbas yang hanya dilihat meraih simpati atas kerugiannya selama ini kepada AS dan Zionis.

Categories
Berita Semasa

Bekas Mufti Mesir: Siapa perintah kepung Palestin dan musnahkan terowong, turut berdosa dan tali barut Zionis.

Selasa,  26/05/2009 – Shaikh Nasr Farid Wasil, bekas mufti Mesir mengutuk penerusan penutupan sempadan antara Semenanjung Gaza dengan Mesir oleh regim Mesir untuk tahun ketiga berturut-turut. Beliau menganggap usaha untuk mengukuhkan kepungan itu sebagai perang yang diisytiharkan terhadap negara Islam dan sokongan kepada musuh.

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin menyeru Mesir benarkan ‘konvoi harapan Eropah’ ke Gaza.

Isnin,  25/05/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai Ismail Haneyya pada hari Ahad lalu meminta kerajaan Mesir untuk membenarkan orang Eropah konvoi mengelilingi Semenanjung Gaza. Beliau dalam kenyataannya terkejut dengan ketegasan pihak berkuasa Mesir yang menghalang konvoi tersebut meskipun ia merupakan misi kemanusiannya.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Pusat belia kurang upaya di Hebron akan ditutup ?

Isnin,  25/05/2009 – Sebuah pusat belia kurang upaya di Hebron yang ketika ini menempatkan 100 orang kanak-kanak akan ditutup pada bulan Jun melainkan diberi pembiayaan kecemasan bagi mencegah penutupannya.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Mesir larang konvoi bantuan “The Hope” masuk Semenanjung Gaza.

Isnin,  25/05/2009 – Kumpulan Pemerintah Anti Sekatan dan Penyambut Delegasi menegaskan bahawa kerajaan Mesir semalam, Ahad (24/5) melarang konvoi bantuan “the hope” dari Eropah untuk memasuki Gaza.

Categories
Berita Semasa

Abu Marzuq: Mesir terlibat dua kali tangani pembentukan semula PLO, harap terlibat juga untuk kali ketiga.

Khamis,  21/05/2009 – Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh menafikan peranan Mesir yang mendokong isu Palestin. Beliau berharap Mesir dapat menangani isu Pergerakan Pembebasan Palestin (PLO) agar dapat merealisasikan kepentingan rakyat Palestin serta menjaga hak dan kelestarian mereka.

Categories
Berita Semasa

Radwan: Serangan terbaru bertujuan ugut Hamas.

Khamis,  21/05/2009 – Hamas memberi amaran kepada pihak Zionis bahawa mereka berhak bertindak balas terhadap serangan dan perbuatan jenayah Zionis ke atas rakyat Palestin. Israel telah melancarkan serangan dari udara ke atas beberapa lokasi di Gaza dan memusnahkan sebuah bengkel besi.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Ada pengintip yang bekerja dengan Israel.

Khamis,  21/05/2009 – Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hammad telah mendedahkan plan Rabu yang “dicanai” oleh kerajaan Palestin di Ramallah dengan tujuan untuk mengganggu kestabilan di Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Petani Palestin diserang rejim Zionis semalam.

Rabu,  20/05/2009 – Para peneroka bersenjata Israel telah menyerang petani-petani Palestin yang sedang mengusahakan tanah di kawasan mereka yang terletak antara bandar Nablus, utara tebing barat dan Qalqilia pada Selasa lalu.

Categories
Berita Semasa

“Perubahan dan Reformasi”: Kerajaan Fayyad melanggar undang-undang.

Rabu,  20/05/2009 – Blok “Perubahan dan Reformasi” yang mewakili HAMAS dalam Majlis Perundangan Palestin menegaskan kerajaan Fayyad yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah, Mahmoud Abbas dengan dipimpin oleh Salam Fayyad adalah tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, kerana ia tidak mendapat kepercayaan daripada Majlis Perundangan.

Categories
Berita Semasa

Penduduk haram Israel serang penduduk Palestin di Bandar Lama Hebron.

Rabu,  20/05/2009 –  Sekumpulan penduduk Haram Israel menyerang penduduk Palestin di salah satu bahagian di bandar lama Hebron dalam usaha meningkatkan tekanan ke atas rakyat Palestin agar menjadi pelarian dan rumah dan tanah mereka diambil oleh penduduk haram Israel.

Mereka melempar batu dan botol ke arah penduduk Palestin di situ tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org 
penterjemah :  anonymous

Categories
Berita Semasa

Adwan: Rakyat Palestin tidak setuju pemberian warganegara Asing.

Isnin,  18/05/2009 – Dr. Atef Adwan Deputi, pemimpin Hamas menegaskan bahawa rakyat Palestin akan menggagalkan semua cadangan memberi warganegara asing yang dicadangkan oleh Mahmoud Abbas. Adwan menyatakan bahawa rakyat Palestin telah lama hidup dalam “nakbah” kepahitan sejak pengusiran tahun 1948.

Categories
Berita Semasa

Moussa: Tidak ada alternatif selain perlawanan.

Isnin,  18/05/2009 – Setiuasaha Agung Liga Arab, Amr Moussa mengatakan bahawa bahaya besar sebenarnya di kawasan Timur Tengah adalah program nukleur Israel. Beliau menekankan bahawa tahun ini merupakan kesempatan terakhir bagi perdamaian dan Arab akan terus menjaga inisiatif di atas meja perundingan.

Categories
Berita Semasa

Obama diminta memberi tekanan kepada Netanyahu .

Isnin,  18/05/2009 – Jawatankuasa popular bagi menentang pengepungan telah meminta Presiden AS, Barack Obama agar menekan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menghentikan “pengepungan zalim” yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Bahar : Tidak sah kerajaan yang meluluskan tanpa kelulusan PLC

Jumaat,  15/05/2009 – Dr Ahmed Bahar, penutur pemangku bagi badan legislatif Palestin, semalam mengesahkan kerajaan Palestin yang terbentuk tanpa memenangi keyakinan PLC adalah tidak sah. Bahar sewaktu berucap di satu sesi pengenalan istimewa PLC pada kehancuran bagi PLC premis di Gaza berkata, kerajaan Salam Fayyad tidak sah mengikut perlembagaan.