Rabu, 03/09/2008 –Kumpulan-kumpulan penentang dari Palestin menolak sekeras-kerasnya sebarang penghantaran askar-askar Arab ke Semenanjung Gaza sambil menegaskan wilayah itu lebih aman berbanding sesetengah bandaraya di negara Arab.
Rabu, 03/09/2008 –Kumpulan-kumpulan penentang dari Palestin menolak sekeras-kerasnya sebarang penghantaran askar-askar Arab ke Semenanjung Gaza sambil menegaskan wilayah itu lebih aman berbanding sesetengah bandaraya di negara Arab.
Rabu, 03/09/2008 –Bekas dekan banduan Arab di Israel,Samir Al-Qintar Isnin lalu menyatakan bahawa mesyuaratnya bersama ketua Palestin Mahmoud Abbas di Beirut adalah atas permintaan beliau, bukan menjemput dirinya sendiri atau bertanya seseorang untuk mengajaknya.
Selasa, 02/09/2008 –Dr. Mohamed Al-Adeel, Pengerusi Persatuan Kebajikan Yemeni untuk Aqsa, Ahad lalu menyebut sejumlah wang telah diserahkan oleh badan kebajikan itu kepada Palestin sejak awal tahun ini dengan jumlah $3,299, 635 dolar yang didermakan kepada anak-anak yatim, kem-kem pelarian dan projek-projek lain berkaitan pendidikan dan kesihatan.
Khamis, 28/08/2008 –Kementerian Wakaf di Gaza telah memberi amaran Rabu lalu mengenai rancangan Israel untuk melancarkan peluru roket ke atas Masjid Aqsa di dalam bulan Ramadhan ini, disamping mendesak Kementerian luar Arab agar segera bersiap mempertahankan masjid suci itu.
Khamis, 28/08/2008 –
Pusat kajian tahanan menuduh pihak berkuasa penjara Israel (IPA) kerana menyeksa tawanan-tawanan Palestin di penjara Israel sambil menegaskan ia telah merosakkan rekod dalam pelanggaran hak asasi manusia bagi tahanan-tahanan tersebut.
Khamis, 28/08/2008 –Kementerian Kesihatan kerajaan Palestin telah memberi amaran bahawa kelewatan berterusan oleh pihak Israel di dalam membuka laluan Gaza akan membawa ancaman serius kepada nyawa pesakit-pesakit.
Isnin, 25/08/2008 –Pemimpin Islam terkemuka di tanah penduduk Palestin yang diduduki sejak 1948, Sheikh Raed Salah pada Ahad lalu menyelar tindakan menutup yayasan Aqsa oleh polis Israel sambil menegaskan bahawa penutupan tersebut adalah menyalahi undang-undang.
Isnin, 25/08/2008 –Perjuangan mempertahan masjid Al-Aqsa telah bermula dan semua pejuang mujahidin perlu bersiap sedia berkorban dalam melindungi Al-Aqsa, Abu Abir jurucakap Jawatankuasa Pejuang berkata demikian apabila pihak Zionis terus menerus melakukan aktiviti menggali dibawah Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa kebakaran masjid Al-Aqsa 39 tahun yang lepas.
Jumaat, 22/08/2008 –Beratus ribu dolar wang telah digelapkan oleh akauntan-akauntan Fatah di kementerian kewangan Palestin minggu ini, menurut sumber yang boleh dipercayai di Ramallah .
Jumaat, 22/08/2008 –Pejabat PM Ehud Olmet telah menafikan sekeras-kerasnya Khamis lalu bahawa Israel mahu menyerap 20,000 pelarian Palestin ke dalam kawasan yang dijajah tahun 1948, sambil menambah bahawa Israel telah jelas yang tidak ada walau seorangpun pelarian Palestin yang akan dibenarkan pulang.
Jumaat, 22/08/2008 –Agensi PBB yang bertanggungjawab menghapuskan periuk api di selatan Lubnan pada Khamis lalu menyatakan bahawa mereka telah menyelesaikan separuh daripada gugusan bom yang dijatuhkan oleh tentera udara Israel di selatan Lubnan dua tahun lalu.
Jumaat, 22/08/2008 –Seorang lelaki tua dari Nablus, kini sedang dalam saat kritikal untuk hidup di sebuah hospital tempatan selepas melalui pengalaman didera secara fizikal dan psikologi oleh pegawai penyiasat kerajaan Palestin yang dilatih oleh CIA.
Jumaat, 22/08/2008 –Pergerakan Hamas menggesa, Khamis lalu, agar pemimpin Saudi dan Mesir dapat berusaha agar dapat memberhentikan kepungan zalim ekonomi oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan kadar yang segera dan segera memulakan dialog kebangsaan dalam Palestin.
Jumaat, 15/08/2008 –Sejumlah besar pasukan tentera Israel dengan kekuatan kenderaan bersenjata dan jentolak, pagi Khamis yang lalu telah mara ke pekan Khuza’a di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, bagi kali kedua sejak gencatan senjata kira-kira dua bulan lalu.
Jumaat, 15/08/2008 – Sebuah akhbar Israel mendedahkan bahawa PM Ehud Olmert telah memberitahu Presiden PA Mahmoud Abbas bahawa Israel mampu menyerap 20,000 pelarian Palestin setiap tahun selama 10 tahun sebagai sebahagian daripada perjumpaan semula keluarga dengan syarat, segala isu muktamad antara kedua-dua belah pihak haruslah diselesaikan.