Khamis, 31-10-2019 – Sekumpulan pendatang Yahudi bersenjata pada petang Isnin menyerang pekebun-pekebun zaitun di Kafr Qaddum, timur bandar Qalqilya di Tebing Barat dan mengusir mereka.
Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC), para pendatang itu bekerja yang sebagai pengawal keselamatan di penempatan haram Kedumim menyerang para pekebun Palestin itu ketika mereka mengumpulkan buah zaitun dan memaksa mereka untuk meninggalkan kawasan itu.Sumber itu turut menambah yang para pendatang itu juga mengarahkan para pekebun agar tidak memasuki kawasan pertanian tersebut atas alasan ia terletak dekat penempatan haram.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis, 31-10-2019 – Selasa lalu pihak berkuasa tempatan Israel di Baitulmaqdis telah mengarahkan rakyat Palestin Luay Obeid untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di perkampungan al-Isawiya, timur laut Baitulmaqdis.
Bapa kepada Obeid mengatakan bahawa pekerja-pekerja majlis perbandaran Israel menyerbu kampung tersebut pada awal pagi dan memerintahkan beliau untuk meruntuhkan rumahnya. Jika beliau tidak mematuhi arahan berkenaan, pihak majlis perbandaran akan tetap melaksanakan kerja-kerja meroboh berkenaan dan memaksa beliau untuk membayar denda yang tinggi.
Beliau menambah bahawa kediaman tersebut, yang dibina di atas kawasan seluas 130 meter persegi, masih dalam pembinaan.
Dia mengatakan bahawa pihak rejim Zionis telah berulangkali menghubungi anaknya untuk mendesaknya untuk merobohkan rumah tersebut, dan menerangkan bahawa anaknya telah mengupah seorang peguam untuk merayu terhadap perintah perobohan tersebut, sebuah tindakan yang telah pun ditolak oleh mahkamah Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Khamis, 31-10-2019 – Militan penjajah Israel pada Selasa (29/10/2019) malam mengumumkan bahawa jet tempurnya telah menembak jatuh sebuah pesawat tak juruterbang (drone) yang terbang rendah berhampiran pagar keselamatan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948.
Saluran televisyen Israel “chanel 12″ menyiarkan berita berkaitan sebuah drone kelihatan terbang rendah berdekatan dengan pagar sempadan. Pesawat tanpa juruterbang tersebut terbang pada ketinggian 4 km, ketinggian yang digambarkan oleh militan penjajah Israel sebagai “tidak normal”.
Sementara itu, tentera penjajah Israel mendakwa bahawa drone tersebut tidak menimbulkan ancaman kepada pasukan atau warga Israel.
Militan penjajah Israel tidak menyebutkan pihak yang bertanggung jawab atas penerbangan drone di sempadan tersebut. Sememangnya diketahui bahawa dua sayap militan di Palestin, Brigade Al-Qassam daripada gerakan Hamas dan Brigade Al-Quds dari Jihad Islam, kedua-duanya memiliki drone dengan pelbagai fungsi.
Media penjajah Israel melaporkan kejadian ini dengan penuh kekhuatiran dan keprihatinan. Mereka melaporkan bahawa sistem militan Israel berjaya mengesan drone Palestin yang terbang di ruang udara Semenanjung Gaza berdekatan pagar sempadan pada ketinggian “sangat tinggi” lebih dari 10.000 kaki.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 30-10-2019 – Tentera rejim Israel menyerbu bandar al-Isawiya, Baitulmuqadis pada waktu petang dan memaksa peniaga warga Palestin menutup kedai mereka.
Kata penduduk tempatan, pihak rejim menghantar ramai anggota tentera untuk mengeledah bandar itu, memaksa pemilik menutup kedai mereka dan memeriksa pejalan kaki.
Sebelum itu, tentera rejim telah menangkap 9 pemuda Palestin tempatan di rumah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 30-10-2019 – Tentera rejim Israel pada petang Ahad mengarahkan pengosongan lima kediaman warga Palestin di bandar Yatta, selatan al-Khalil, sebagai persediaan untuk dimusnahkan.
Aktivis Rateb al-Jabour berkata, tentera rejim menyerbu Yatta dan mengarahkan warga Palestin Shehada Salama, anak-anak lelakinya bersama keluarga masing-masing agar mengosongkan rumah mereka.
Al-Jabour mengesahkan yang keputusan itu tidak berasas dan tiada makluman awal diberikan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu, 30-10-2019 – Isnin lalu seorang belia Palestin cedera selepas ditembak oleh rejim Zionis di Kota Lama Baitulmaqdis kerana kononnya cuba menyerang dengan cara menikam.
Saksi mendakwa bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke atas seorang belia Palestin di Kota Lama tersebut, menyebabkan beliau cedera di lengan, sebelum mereka menahannya.
Sumber media Israel pula mendakwa bahawa belia tersebut cuba melakukan serangan dengan cara menikam berhampiran Pintu al-Sahera, iaitu salah satu pintu masuk utama ke Masjid al-Aqsa, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Tentera Israel kemudian menutup Pintu al-Sahera, dan telah menyerang rakyat Palestin yang juga berada di kawasan berkenaan dan menyembur mereka dengan penyembur lada.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Rabu, 30-10-2019 – Ketua biro politik gerakan pejuang Islam Hamas, Ismael Haneya menegaskan bahawa pihaknya tetap berpegang teguh pada pilihan raya menyeluruh mencakupi pemilihan Presiden, Parlimen dan Dewan Nasional.
Pernyataan ini dinyatakan oleh Haneya dalam persidangan bersama Hanna Nasser, Ketua Jawatankuasa Pemilihan Umum Pusat yang mengunjungi Gaza dan di hadapan para pemimpin faksi-faksi Palestin yang lain.
Haniyeh menambah, “Kami di Hamas sejak awal bersedia menjalankan pemilihan umum dan menghormati semua keputusan pemilihan dengan syarat ianya dilakukan dengan semangat integriti dan transparensi. Kami juga sedia bertarung di kotak undi. Kami tidak ada sebarang kekhawatiran untuk menyertai proses pemilihan yang komprehensif.”
Beliau menambah, “Kami tidak memiliki kekhawatiran atau keraguan untuk menyertai proses pemilihan umum yang komprehensif, selagi prinsip-prinsip serta komitmen untuk memulihkan persatuan dan kesatuan tercapai dengan perubahan nasional.
Hamas sedia menerima penuhnya fleksibiliti tersebut demi mencapai pemulihan persatuan”, ungkapnya.
Beliau menunjukkan ada perbincangan berpusat dan rasmi untuk mengadakan pemilihan presiden dan legislatif pada tahap ini.
Beliau mengatakan, “Saya meyakinkan rakyat Palestin bahwa posisi nasional hari ini yang diungkapkan oleh para pemimpin adalah sikap positif dengan persiapan yang bertanggungjawab atas apa yang seharusnya menjadi pilihan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 30-10-2019 – Puluhan Yahudi telah mencemari Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis sambil dikawan ketak oleh pengawal keselamatan.
Jabatan Awam Islam Baitulmuqaddis berkata bahawa 62 rakyat Israel berkeliaran di halaman Masjid al-Aqsa pada waktu awal pagi sambil diberikan penerangan mengenai Gunung Kuil.
Mereka terus melakukan aktiviti keagamaan Talmud di daerah timur Masjid, sementara sekatan yang ketat dikenakan pada rakyat Palestin yang memasuki lokasi tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Selasa, 29-10-2019 – Rejim Zionis Israel pada hari Khamis lalu telah memindahkan tahanan Jordan Heba al-Labadi ke hospital berikutan keadaan kesihatannya yang makin merosot, setelah hampir sebulan beliau melancarkan mogok lapar tanpa penghujung sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran beliau, kata Kementerian Luar Negera Jordan.
Jurucakap kementerian, Sufyan Qudah berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa Heba dipindahkan ke hospital pada hari Khamis lalu dan telah memberikan rawatan yang diperlukan sebelum dia dikembalikan ke penjara pada hari yang sama.
“Keadaan kesihatan Heba kini stabil,” Qudah mengesahkan.
Bapa Heba, Ahmad al-Labadi, berkata dalam sebuah kenyataan kepada akhbar Quds bahawa anak perempuannya, yang telah mogok lapar selama 31 hari, mengalami keletihan, pening dan komplikasi yang berkaitan dengan jantung.
Heba al-Labadi ditangkap oleh rejim Zionis Israel pada 20 Ogos lalu ketika beliau tiba bersama ibunya di persimpangan al-Karama untuk menghadiri majlis perkahwinan di Nablus di Tebing Barat.
Dalam minggu-minggu pertama penahanannya, Heba telah disoal siasat dan diseksa dengan teruk dan telah dihalang daripada berjumpa dengan keluarga. Kira-kira 33 hari selepas ditahan, mahkamah Israel telah mengeluarkan perintah tahanan pentadbiran selama lima bulan terhadapnya dan dia dipindahkan ke penjara Damon, walaupun tiada pertuduhan yang telah dibuat terhadapnya.
Israel sedang menahan 22 warga Jordan dalam penjara mereka. Paling terkini adalah Heba al-Labadi dan Abdulrahman Mar’i yang sedang menderita sakit kanser dan memerlukan rawatan perubatan segera.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 25-10-2019 – Tentera rejim Israel bertindak menghalang ahli keluarga Qassam dan Adham Jabbarin, tahanan adik beradik yang berasal kem pelarian Jenin dari melawat saudara mereka di penjara Negev.
Keluarga itu menyatakan bahawa tentera rejim yang bertugas di pos pemerikasaan al-Jalama menyekat mereka dari meneruskan perjalanan ke penjara Negev untuk melawat saudaranya walau pun mereka mempunyai permit lawatan daripada Pertubuhan Palang Merah.
Keluarga itu juga tetap tidak dibenarkan bertemu Qassam Jabbarin yang ditahan di penjara Gilboa atas alasan langkah keselamatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 25-10-2019 – Sekumpulan penduduk pendatang Yahudi pada Rabu (23/10/2019) menyerang para petani yang memetik zaitun di kota Ya’bad, Tening Barat, sebelah barat Jenin. Ini merupakan serangan ketiga yang dilakukan para pemukim pendatang Yahudi terhadap petani zaitun dalam tempoh sehari.
Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi menyerang warga dari keluarga Atatra ketika mereka memetik zaitun di tanah mereka di kawasan desa Zohr al-Abed di daerah Khirbet Mas’ud. Penududuk Palestin menyebutkan bahawa pendatang Yahudi telah merebut bukit di daerah tersebut dan membiarkan ternakan mereka bekeliaran di kawasan tersebut serta berusaha merebut tanah di situ,
Selain itu, pendatang Yahudi telah mencuri peralatan yang digunakan oleh para petani untuk memetik zaitun dari tanah mereka. Sekumpulan pendatang Yahudi dari penempatan Yahudi ilegal “Mapodotan” yang berdiri di tanah Ya’bad, juga menyerang petani yang memetik buah zaitun dari keluarga Abu Bakar. Sebelumnya pada hari yang sama,pendatang Yahudi menyerang para petani Palestin di tanah mereka di kampung Ummu Safa, barat laut Ramallah
. Ketua Dewan Penduduk Perkampungan Ummu Safa, Marwan Sabah, mengatakan, “Sepuluh pendatang Yahudi dari penempatan Yahudi ilegal “Halmish”, dengan dijaga dan dilindungi pasukan penjajah Israel menyerang para petani di “Ghabt” di sebelah barat kampung dan melarang para petani untuk terus tinggal di kawasan tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Jumaat, 25-10-2019 – Enam tahanan, termasuk seorang wanita muda, menjalankan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan mereka tanpa bicara.
Mereka adalah Ahmad Ghannam, Ahmad Ali, Tareq Qa’dan, Mus’ab al-Hindi, Ahmad Zahran, dan Heba al-Labadi; masing-masing telah mogok lapar selama 102, 92, 84, 30, 26 dan 30 hari.
Pejabat Media Tahanan memberi amaran tentang keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Jumaat, 25-10-2019 – Rabu lalu Rejim Zionis telah menahan seorang warga Palestin dan anaknya di perkampungan al-Isawiya di Baitulmaqdis.
Aktivis Mohammed Abu al-Hummus berkata pihak Rejim Zionis telah menyerbu al-Isawiya, menceroboh masuk rumah warga Palestin Nayef Mustafa, dan telah menahan beliau dan anak beliau yang menjerit dan menangis semasa serangan tersebut.
Sejak kebelakangan ini, aktiviti penahanan semakin giat berlaku di al-Sawiya, diirigi dengan serbuan semberono di rumah-rumah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul