
Khamis, 31-10-2019 – Selasa lalu pihak berkuasa tempatan Israel di Baitulmaqdis telah mengarahkan rakyat Palestin Luay Obeid untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di perkampungan al-Isawiya, timur laut Baitulmaqdis.
Bapa kepada Obeid mengatakan bahawa pekerja-pekerja majlis perbandaran Israel menyerbu kampung tersebut pada awal pagi dan memerintahkan beliau untuk meruntuhkan rumahnya. Jika beliau tidak mematuhi arahan berkenaan, pihak majlis perbandaran akan tetap melaksanakan kerja-kerja meroboh berkenaan dan memaksa beliau untuk membayar denda yang tinggi.
Beliau menambah bahawa kediaman tersebut, yang dibina di atas kawasan seluas 130 meter persegi, masih dalam pembinaan.
Dia mengatakan bahawa pihak rejim Zionis telah berulangkali menghubungi anaknya untuk mendesaknya untuk merobohkan rumah tersebut, dan menerangkan bahawa anaknya telah mengupah seorang peguam untuk merayu terhadap perintah perobohan tersebut, sebuah tindakan yang telah pun ditolak oleh mahkamah Israel.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul