Categories
Berita Semasa

Tahanan Janazra mogok lapar selama 31 hari

Jumaat, 27-04-2018 – Tahanan Palestin Sami al-Janazra telah mogok lapar selama 31 hari berturut-turut sebagai protes ke atas penahanan tidak sah di penjara Israel.

Persatuan Tahanan Palestin berkata pada Selasa yang tahanan Janazra, 44, dari kem pelarian al-Fuwar di al-Khalil, kini menggunakan kerusi roda akibat daripada keadaan kesihatan yang merosot setelah mogok lapar.

Peguam persatuan itu yang berjaya melawat beliau di klinik penjara Ramleh berkata yang beliau menderita sakit pening berpanjangan prison clinic, turun berat badan, tekanan darah rendah, debaran jantung serta sakit otot.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jenazah saintis Fadi Al-Batsh dijangka sampai di Kaherah Khamis (semalam).

Jumaat, 27-04-2018 – Jenazah Fadi Al-Batsh yang mati dibunuh di Kuala Lumpur akhir minggu lepas dijangka akan sampai di Kaherah, Mesir pada pagi Khamis untuk dibawa pulang dan kemudian dikebumikan di Semenanjung Gaza.

Duta Palestin di Mesir mengesahkan bahawa pihak kerajaan Mesir telah bersetuju untuk membenarkan jenazah dan isteri serta anak dihantar melalui jalan darat hingga ke sempadan Gaza.

Fadi Mohammed al-Batsh, 35 tahun dilahirkan di Jabaliya, utara Semenanjung Gaza. Beliau mati ditembak di Kuala Lumpur, Malaysia oleh seseorang yang tidak dikenali ketika waktu subuh hari Sabtu, 21/4/2018 di mana Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri serta 3 anak. Beliau telah menetap beberapa tahun di Malaysia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Pembunuh Fadi Al-Batsch akan membayar harga yang mahal

Jumaat, 27-04-2018 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya menyatakan bahawa Hamas tidak akan berkompromi sehingga pihak yang terlibat dalam pembunuhan terhadap Fadi al-Batsch yang merupakan seorang jurutera dan pensyarah didedahkan.

Bercakap kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), Haneyya menyatakan: “Pihak yang membunuh al-Batsch akan membayar harga yang mahal di atas jenayah tidak berperikemanusiaan mereka”

Ketua pergerakan Hamas tersebut menyarakan pihak Israel dan Mosad adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah pembunuhan terbabit.

“Al-Batsch merupakan salah seorang warga Palestin yang baik. Beliau adalah seorang yang berpelajaran tinggi, kreatif, professional dan mampu menghasilkan inovasi-inovasi baru. Beliau telah banyak menyumbang kepada penduduk Palestin, penduduk Malaysia dan negara-negara islam keseluruhannya.

Fadi Mohammed al-Batsch, 35 dilahirkan di Jabaliya, utara Gaza. Beliau dibunuh di Kuala Lumpur oleh dua orang pelaku yang sedang diburu pihak berkuasa Malaysia pada Subuh 21/4/2018 yang lepas. Arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau telah tinggal di Malaysia selama beberapa tahun. Beliau menerima PHD dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Malaya pada tahun 2015.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Israel Mengeluarkan Arahan untuk Merobohkan Perumahan berhampiran Baitulmaqdis

Jumaat, 27-04-2018 – Pihak berkuasa Israel mengeluarkan arahan untuk merobohkan dan menghentikan pembinaan ke atas lebih dari 10 bangunan di kampung Qalandia, di utara kota Baitulmaqdis.

Menurut wartawan Palestin, Rejim Zionis menyerbu kampung itu dan mengancam untuk merobohkan perumahan di situ. Rumah yang menjadi sasaran adalah milik keluarga Al-Razzam, Mustafa, Hamad, Awadallah, Al-Kishi, Shihad dan Abdul Ghani.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Jeneral Israel: Tentera rejim Zionis membunuh kanak-kanak Gaza dengan sengaja

Rabu, 25-04-2018 – Jeneral Israel Zvika Vogel berkata tentera rejim Zionis (IOF) yang berpengkalan di sempadan Gaza sengaja membunuh kanak-kanak Palestin yang menyertai protes atas dasar menurut arahan.

Kenyataan itu boleh diajukan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai salah satu bukti untuk mendakwa Israel. Kanak-kanak Palestin yang terakhir dibunuh dengan sengaja oleh IOF ialah Mohammad Ayoub, 15, yang dibunuh Jumaat lepas di timur Semenanjung Gaza ketika penyertaan beliau di dalam Perarakan untuk Kembali. Beliau dibunuh oleh seorang penembak ketika berlari bersama sekumpulan kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis: Siasatan kes pembunuhan Fadi al-Batsh sedang berjalan.

Rabu, 25-04-2018 – Ketua Polis Malaysia, Mohammed Harun menyatakan bahawa pasukan keselamatan Malaysia sedang mengumpul maklumat berkaitan kes pembunuhan ahli akademik rakyat Palestin Fadi al-Batsh.

Semasa sidang media, Harun menafikan menerima bukti baru berhubung kes itu dan berkata negaranya masih belum menuduh sesiapa kerana maklumat yang ada masih tidak mencukupi.

Tambah beliau lagi, suspek dipercayai berbangsa Eropah dan meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian itu untuk pergi ke balai polis bagi memberi maklumat kepada pihaknya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Finkelstein saran pembantah di Gaza angkat aspek kemanusiaan dan guna apa disiar media.

Isnin, 23-04-2018 – Profesor dan penulis Amerika, Norman Finkelstein mengingatkan penduduk Palestin supaya memberi tumpuan kepada kemanusiaan-bahan disiar media semasa membuat liputan berkaitan perhimpunan bantahan March of Return di sempadan Gaza bagi memberi tekanan kepada pihak rejim Zionis Israel dan memaksanya menamatkan pengepungan.

Pesanan beliau itu disuarakannya dalam sesi pertemuan dan sidang media sempena persidangan bertajuk Perundingan dan Penyelesaian bagi Pertikaian di Gaza yang dianjurkan Pusat Ilmuan dan Pemikir Islam yang disertai para pemikir, profesor, aktivis serta ahli jawatankuasa penyelaras March of Return pada Rabu, kelmarin.

Beliau merujuk kepada akhbar berpengaruh di AS dan juga peguam yang boleh dipercayai di Israel dan berkata, ” Akhbar New York Times dalam sidang editorial terbarunya telah menyiarkan ulasan menarik dan banyak mengkritik pihak rejim Israel secara terang-terangan dengan mengelar menteri pertahanannya, Avigdor Lieberman sebagai seorang pembohong dan penjenayah.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan tercetus di Qalqilya apabila tentera rejim menggempur rakyat Palestin

Isnin, 23-04-2018 – Pertelingkahan tercetus pada petang Khamis di antara tentera rejim dan para pemuda Palestin anti penjajahan di bandar timur Qalqiya, Azzoun. Menurut sumber tempatan, tentera rejim lengkap bersenjata mengejar pemuda Palestin di pintu masuk bandar Azzoun dan meredah ladang zaitun. Para pembantah bertindak balas dengan melemparkan batu-batu ke arah kereta para pendatang Israel yang diparkir di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel mengetatkan kawalan selepas layang2 penduduk Palestin melintasi sempadan Gaza.

Jumaat, 20-04-2018 – Tentera Israel mendakwan demonstran Palestin di sempadan Gaza telah meletakkan bom api pada layang-layang mereka dan menerbangkannya melepasi pagar sempadan yang menyebabkan kebakaran di sesetengah kawasan.

Menurut akhbar Israel, Yediot Aharonot. Layang-layang dengan bom api tersebut ditemui di sempadan timur Gaza. Kebakaran tersebut menyebabkan kerosakan dan kerugian di seuah ladang.

Tentera Israel dalam langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. Komuniti Israel yang tinggal di sepanjang sempadang Gaza telah diingatkan agar berhati-hari dan melaporkan sebarang insiden kebakaran di kawasan berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

84 pelajar sekolah antara yang cedera ditembak rejim Israel sepanjang 3 minggu lepas.

Jumaat, 20-04-2018 – Kementerian Pelajaran Palestin mendedahkan bahawa 84 pelajar sekolah telah ditembak tentera rejim Zionis Israel dalam pertempuran semasa mereka menyertai perhimpunan besar-besaran yang diadakan di sempadan timur Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke 19.

Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kementerian tersebut menyatakan, dari jumlah kesemua yang cedera, 7 mangsa didapati cedera parah, 57 tidak parah manakala 20 pelajar lagi cedera ringan.

Hasil pemeriksaan perubatan ke atas semua mangsa yang cedera menunjukkan bahawa tentera rejim Zionis Israel telah menggunakan peluru hidup dan gas beracun ketika cuba menyuraikan perhimpunan yang diadakan secara aman itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin di Eropah melancarkan inisiatif EU untuk hak asasi para tahanan

Jumaat, 20-04-2018 – Warga Palestin di Persidangan Eropah telah melancarkan inisiatif untuk hak asasi para tahanan Palestin di penjara Israel sempena Hari Tahanan Palestin pada 17 April.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, rakyat Palestin di Persidangan Eropah berkata yang inisiatif itu bertujuan menarik perhatian para pembuat polisi Eropah terhadap isu para tahanan Palestin dan menghentikan penderitaan keluarga ribuan tahanan warga Palestin.

Kenyataan itu menekankan yang inisiatif itu berharap untuk menyokong hak para tahanan Palestin di penjara Israel serta mendedahkan jenayah Israel ke atas mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel tutup pintu sempadan di Tebing Barat dan Gaza 3 hari.

Rabu , 18-04-2018 – Rejim Zionis Israel mengumumkan menutup penuh pintu sempadannya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama tiga hari sempena menyambut apa yang mereka dakwa sebagai “Hari Kemerdekaan Israel.”

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak tentera rejim, pintu masuk sempadan di Gaza akan ditutup bermula dari tengah malam hari Isnin, 16 April 2018 hingga Khamis, 19 April 2018.

Tiada sebarang urusan keluar masuk dibenarkan di pintu sempadan samada Tebing Barat atau Gaza sepanjang tempoh penutupan tersebut yang dijangka turut menjejaskan beribu pemegang permit kèrja yang bekerja di Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Seruan kepada PBB agar menjalankan misi mencari fakta ke Gaza

Rabu , 18-04-2018 – Jawatankuasa Penyelaras Perarakan Untuk Kembali telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Tinggi PBB, Zeid bin Ra’ad agar menjalankan misi antarabangsa mencari fakta tentang protes di Gaza.

Ketua jawatankuasa menyatakan yang surat itu menyampaikan tentang rejim Israel yang terus-terusan menyerang para pembantah yang tidak bersenjata dekat sempadan Gaza walaupun mereka membantah secara aman sejak dari hari pertama.

Birawi menjelaskan yang 32 orang warga Palestin telah dibunuh, dua daripadanya ditahan oleh tentera rejim dan lebih daripada 2850 orang cedera akibat tindakan melampau rejim ke atas para pembantah aman yang menuntut hak untuk kembali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih separuh penduduk Gaza tinggal di bawah paras kemiskinan

Rabu , 18-04-2018 – Biro Statistik Palestin menyatakan bahawa lebih separuh dari penududuk Gaza tinggal di bawah paras kemiskinan untuk tahun 2017. Laporan tersebut menunjukkan 53% warga Palestin di Gaza dan 13.9% warga Palestin di Tebing Barat tinggal dibawah paras kemiskininan. Secara purata 29.2% warga Palestin di kedua-dua kawasan kini tinggal dibawah paras kemiskinan. Bilangan yang tinggi ini adalah disebabkan sekatan berterusan oleh rejim Zionis ke atas semenanjung Gaza sejak 2007.

Agensi itu membandingkan jumlah kemiskinan pada tahun 2011 dan tahun 2017. Keputusan menunjukkan bahawa jumlah penduduk yang tinggal di bawah paras kemiskinan meningkat kepada 30.2% berbanding 13.2% pada tahun 2011. UN menyatakan bahawa semenanjung Gaza akan menjadi kawasan tidak sesuai untuk diduduki pada tahun 2020 kerana kekurangan sumber air bersih, manakala pada tahun 2017, 80% penduduk Gaza tinggal dengan bantuan kemanusiaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

3 Warga Palestin Cedera di Hari ke-17 “March of Return”

Rabu , 18-04-2018 – Sekurang-kurangnya tiga orang rakyat Palestin telah ditembak dan cedera didalam serangan yang dilakukan oleh tentera Israel ketika Rejim Zionis(IOF) menghalang perarakan besar-besaran yang berlangsung selama 17 hari berturut-turut di timur Semenanjung Gaza.

Wartawan PIC mengatakan bahawa seorang warga Palestin telah ditembak di kakinya selepas tentera Rejim Zionis mensasarkan serangan ke arah sekumpulan pemuda Palestin berhampiran kem al-Awada di Khuzaa, timur Khan Younis. Dua lagi cedera di timur Gaza dan Jabalya, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul