
Jumaat, 20-04-2018 – Kementerian Pelajaran Palestin mendedahkan bahawa 84 pelajar sekolah telah ditembak tentera rejim Zionis Israel dalam pertempuran semasa mereka menyertai perhimpunan besar-besaran yang diadakan di sempadan timur Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke 19.
Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kementerian tersebut menyatakan, dari jumlah kesemua yang cedera, 7 mangsa didapati cedera parah, 57 tidak parah manakala 20 pelajar lagi cedera ringan.
Hasil pemeriksaan perubatan ke atas semua mangsa yang cedera menunjukkan bahawa tentera rejim Zionis Israel telah menggunakan peluru hidup dan gas beracun ketika cuba menyuraikan perhimpunan yang diadakan secara aman itu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali