Categories
Berita Semasa

Parlimen Israel meluluskan undang2 “memecahkan kesunyian”

Khamis, 19-07-2018 – Undang-Undang “Memecahkan Kesunyian” yang dicadangkan Menteri Pendidikan Israel; Naftai Bennett and Menteri Perumahan Israel; MK Shuli Mualem-Refaeli telah diluluskan oleh parlimen Israel pada Isnin lepas selepas pembacaan kedua dan ketiga.

Undang-undang berkenaan menyatakan mana-mana pertubuhan hak asasi manusia yang beroperasi tidak selaras dengan objektif pendidikan dan kehendak tentera Israel adalah dilarang bagi memasuki kawasan sekolah dan bertemu para pelajar.

Breaking the Silence adalah organisasi perajurit veretan Israel. Organisasi berkenaan menyelar undang-undang berkenaan dengan berkata “Selepas proses pengagamaan menjadi agenda bagi menutup mulut para pelajar, kementerian pendidikan terlalu takut kepada gerakan ini sehingga meluluskan undang-undang bagi menutup suara mereka yang menentang penjajahan. Menteri Pendidikan hanya mahu kelas-kelas di sekolah untuk mengajar doktrin mereka”. Pertubuhna berkenaan turut berkata kepada media, “Ianya adalah dibolehkan bagi menembak mati kanak-kanak Palestin yang berumur 8 tahun, tetapi undang-undang Israel melarang pengusiran peneroka dari penempatan haram”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Dua terkorban, seorang parah dalam letupan di Gaza.

Selasa, 18-07-2018 – Satu letupan kuat yang berlaku di Gaza pada pagi Ahad, kelmarin telah mengorbankan dua penduduk Palestin, manakala seorang lagi cedera parah.

Letupan itu terjadi beberapa jam selepas kerajaan Mesir mengumumkan persetujuan untuk menjadi orang tengah dalam siri berbalas serangan roket terbaru antara pejuang Palestin dengan pihak rejim zionis Israel. Menurut Kementerian Kesihatan, mangsa yang terkorban dikenali sebagai Ahmad Hassan, 35 tahun dan anak lelakinya Louay, 13 tahun. Polis Palestin di Gaza berkata, mereka masih menyiasat punca letupan yang berlaku di bahagian tengah Bandar Gaza itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin mulakan mogok laparnya.

Isnin, 16-07-2018 – Tahanan warga Palestin, Rajae Abdul Kader memulakan mogok laparnya selepas pihak jawatankuasa bagi pembebasan awal tahanan di penjara Eshel, Israel membuat keputusan menolak pembebasan beliau yang sebelum ini telah diperintahkan supaya dibebaskan.

Peguam yang mewakili Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Yusef Nasasra berkata bahawa pihak jawatankuasa penjara mendakwa keadaan kesihatan Abdul Kader tidak serius, oleh itu beliau tidak perlu dibebaskan dengan segera.

Abdul Kader, 35 tahun dan berasal dari Bandar Deir Ammar berdekatan Ramallah menderita penyakit kanser hati dan paru-paru. Sejak akhir-akhir ini, kesihatan beliau didapati semakin buruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera telah dibebaskan oleh rejim Israel

Isnin, 16-07-2018 – Rejim zionis pada petang Selasa membebaskan seorang budak lelaki Palestin setelah menahannya selama tiga minggu. Adam Salem, 15 tahun dari Semenanjung Gaza telah ditahan oleh rejim zionis dekat sempadan timur Jabalia. Beliau ditahan setelah ditembak oleh rejim zionis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendakwaraya Israel mulakan dakwaan ke atas pemudi Turki.

Rabu, 11-07-2018 – Pendakwaraya Israel telah membuka fail pendakwaan terhadap seorang warganegara Turki, demikian lapor akhbar harian Israel Haaretz. Ebru Ozkan, 27 tahun ditangkap polis Israel di lapangan terbang Ben Gurion pada 11 Jun, 2017 ketika dalam perjalanan untuk kembali ke Turki atas urusan yang didakwa bertujuan ada kaitannya dengan “kumpulan pengganas”.

Kata peguam Ozkan, pihak polis rejim menuduh anak guamnya itu telah bekerjasama dengan anggota Hamas di sebuah pusat penyelidikan di Turki tetapi dinafikan sepenuhnya oleh wanita muda tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel akhirnya pulangkan 3 jenazah warga Palestin.

Rabu, 11-07-2018 – Mahkamah Tinggi Israel membenarkan tiga jenazah warga Palestin dilepaskan dari simpanan pihak Israel, keputusan yang menolak permintaan keluarga Hadar Goldin, seorang tentera rejim Israel yang sedang dijadikan tebusan oleh pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Keputusan penghakiman itu dibuat berpandukan kenyataan bahawa ia selaras dengan peraturan yang telah diputuskan oleh kabinet Israel yang tidak membenarkan pembebasan mayat sekiranya mayat itu dituntut oleh pihak Hamas atau mayat pejuang yang telah melakukan serangan maut.

Hamas menolak untuk memulakan rundingan pertukaran tahanan yang baharu dengan pihak rejim Israel selagi pihak rejim masih menahan dan enggan melepasan semula lebih 50 tahanan pejuang Palestin yang dipersetujui akan dibebaskan dalam rundingan Wafa al-Ahrar yang diadakan pada tahun 2011.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas wanita Baitulmuqaddis

Rabu, 11-07-2018 – Mahkamah Daerah Baitulmuqaddis pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun setelah menuduh beliau cuba melakukan serangan di Baitulmuqaddis.

Jawatankuasa Keluarga Tahanan Baitulmuqaddis berkata yang Fadwa Hamada, 31, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan didenda 30,000 shekels (hampir $8,000). Polis rejim Israel menahan Hamada pada 12 Ogos 2017 di kawasan Bab al-Amud Baitulmuqaddis setelah beliau dikatakan cuba menikam seorang pendatang Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pusat Anti-Normalisasi Palestin Mengutuk Saluran AlArabiya di atas Liputan Media Pro-Israel

Rabu, 11-07-2018 – Pusat Anti-Normalisasi Palestin dengan tegasnya mengutuk sebuah filem dokumentari yang memaparkan sejarah penubuhan entiti Zionis.

Pusat Anti-Normalisasi Palestin mengecam sekeras-kerasnya apa yang dipanggil sebagai “media Nakba (bencana)”, dan menyatakan bahawa filem yang disiarkan oleh saluran berita AlArabiya itu memusnahkan fakta sejarah dan kebenaran. Pusat itu berkata bahawa saluran media tersebut hanyalah bertujuan untuk menyebarkan versi palsu penubuhan entiti Zionis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Khatib: Lawatan menteri-menteri Israel adalah satu tindakan merbahaya

Selasa, 10-07-2018 – Mantan timbalan ketua gerakan Islam Palestin Sheikh Kamal al-Khatib menyifatkan pencerobohan para menteri dan ahli parlimen Israel ke atas Masjid al-Aqsa pada Ahad sebagai satu tindakan merbahaya.

Al-Khatib berkata dalam kenyataan akhbar yang pencerobohan ini akan mencetuskan lebih banyak keganasan di tempat suci itu. “Sempena ulangtahun pertama protes ke atas pemasangan pengesan besi di pintu pagar al-Aqsa yang semakin hampir, Israel mesti ingat yang masjid al-Aqsa ialah pemangkin kepada kemarahan Palestin”, tambah al-Khatib.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel akan membolehkan peneroka haram memiliki tanah melalui undang2 baru.

Selasa, 10-07-2018 – Sebuah akhbar Israel melaporkan bahawa jawatankuasa perundangan di parlimen Israel akan mengkaji proses perundangan bagi membenarkan peneroka haram Yahudi memiliki hak ke atas tanah di Tebing Barat.

Ahli parlimen Israel tidak boleh membincangkan perkara berkenaan dan mengundi bagi melaksanakannya selagimana jawatankuasa berkenaan tidak membentangkannya di parlimen Israel.

Menurut akhbar Haaretz, notis kepada bil perundangan berkenaan yang ditaja MKBezalel Smotrich, menyatakan keadaan semasa adalah bersandarkan undang-undang Jordan 1953 yang mana menghalang mana-mana peneroka haram untuk membeli tanah di Tebing Barat kecuali mereka adalah warga Jordan ataupun warga negara arab yang lain. Undang-undang berkenaan masih terpakai sehingga kini semenjak Israel menawan Tebing Barat pada tahun 1967 ketika peperangan enam hari.

Bil Smotrich menyasarkan untuk menghapuskan perbezaan dalam hal pemilikan hartanah dan membolehkan sesiapa sahaj memiliki tanah di wilayah Tebing Barat yang dijajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Nono: Israel melakukan pembersihan etnik di al-Khan al-Ahmar

Isnin, 09-07-2018 – Pegawai Hamas al-Nono, penasihat media kepada biro politik Hamas, Ismail Haneyya, berkata tentang pengusiran keluarga warga Palestin yang tinggal di kawasan kaum Badwi terutamanya di al-Khan al-Ahmar menggambarkan keganasan dan tindakan pembersihan etnik oleh Israel.

Dalam kenyataannya pada Khamis, Nono memuji keberanian keluarga-keluarga warga Palestin mempertahankan tanah dan kediaman mereka di al-Khan al-Ahmar. Beliau menyeru penentangan ke atas rancangan Israel untuk mengusir warga Palestin dari tanah mereka. Nono turut menyeru masyarakat antarabangsa dan pihak berkuasa agar segera masuk campur dalam menghentikan jenayah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah bebas bersyarat.

Isnin, 09-07-2018 – Mahkamah Majistret Israel di utara bandar Haifa membuat keputusan untuk membebaskan ketua Pertubuhan Pergerakan Islam, Sheikh Raed Salah dengan syarat ketat di mana beliau perlu sentiasa berada di dalam wilayah Garisan Hijau dan dikenakan tahanan di dalam rumah.

Peguam beliau, Khaled Zabarqa berkata bahawa mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan anak guamnya itu dengan syarat hanya selepas beliau menjalani hukuman penjara selama satu tahun di bilik berseorangan dan berasingan dari banduan lain.

Tambah peguam itu lagi, mahkamah turut memerintahkan supaya Sheikh Salah menjalani tahanan di dalam rumah, di rumahnya di bandar Kafer Kanna, utara Palestin dan akan dipasang gelang elektronik di tangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Netanyahu benarkan MP Israel masuki Masjidil al-Aqsa.

Jumaat, 06-07-2018 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membenarkan ahli parlimen Knesset memasuki Masjidil al-Aqsa setelah dua setengah tahun ia tidak dibenarkan.

Menurut sumber media Israel, Netanyahu telah menulis surat kepada speaker dewan Knesset Yuli Edelstein meminta supaya ahli parlimen dibenarkan masuk ke dalam masjid tersebut sekurang-kurangnya sekali bagi setiap tiga bulan.

Pada Oktober 2015, Netanyahu melarang ahli dewan dari memasuki masjid suci umat Islam itu sebagai salah satu langkah yang beliau ambil untuk meredakan ketegangan setelah meletusnya Intifada di Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Tembakan dilaporkan dekat Ramallah

Jumaat, 06-07-2018 – Satu serangan tembakan berlaku pada petang Selasa dekat penempatan Beit El utara bandar Ramallah di tengah Tebing Barat. Sumber media Hebrew mendakwa yang sekumpulan pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah penempatan Beit El dekat Ramallah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, sumber itu menyatakan dan menambah yang satu operasi ketenteraan besar-besaran dilancarkan di kawasan itu setelah serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Pekerja UNRWA menyeru diadakan protes

Rabu, 04-07-2018 – Kesatuan Pekerja UNRWA di Gaza menyeru para pekerja kecemasan yang diugut untuk dipecat dan para guru agar memprotes pemotongan baru perkhidmatan di ibu pejabat UNRWA di Gaza pada Rabu.

Dalam kenyataan pada Isnin, kesatuan itu menekankan penolakan mereka atas keputusan pengurangan itu dan menyokong bantahan dan protes berkaitan. Kesatuan itu menyelar UNRWA kerana mengabaikan perjanjian yang ditandatangani dengan kesatuan serta mengakhiri kerjasama melalui pemberhentian program kecemasan dan menggugat keselamatan pekerjaan seramai 1000 pekerja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati