Isnin, 30-07-2018 – Remaja perempuan warga Palestin yang menjalani hukuman penjara kerana menampar seorang anggota tentera Israel yang memasuki rumah keluarganya di bandar Nabi Saleh, Tebing Barat akan dibebaskan. Demikian kata bapanya, Bassem Tamimi.
Semasa membuat kenyataan media, Bassem mengesahkan bahawa Ahed dijadualkan akan dibebaskan pada 29 Julai (Ahad) melalui pos pemeriksaan keselamatan Jabarah berdekatan bandar Tulkarem, Palestin. Turut dibebaskan ialah ibunya, Nariman yang turut sama menjalani hukuman penjara 8 bulan di penjara Israel.
“Ahed telah menghabiskan tempoh hukuman yang dikenakan terhadapnya. Kami akan menunggu pembebasannya di Jabarah dan kemudiannya akan mengadakan sidang media, seterusnya menziarahi kubur Yasser Arafat dan makam para pejuang Palestian di Nabi Saleh dan selepas itu barulah kami akan pulang bagi menemui penduduk tempatan yang menyambut pembebasannya.”
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali