Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi sengaja buang air sisa kumbahan najis ke ladang kepunyaan penduduk Palestin.

Rabu, 04-07-2018 – Pendatang haram Yahudi dari penempatan yang baru siap dibina, Amihai bertindak mengalirkan air dari kolam sisa kumbahan najis ke ladang milik penduduk Palestin di bandar Turmusayya, Ramallah.

Menurut berita yang disiarkan akhbar Haaretz Hebrew, pendatang Yahudi sengaja mengali parit dari kolam kumbahan dan mengalirkan airnya keluar ke tanah pertanian milik penduduk Palestin sehingga tanah tersebut ditenggelami air sisa dan menyebabkan pemilik nya mengalami kerugian besar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

2 rakyat Palestin di Tebing Barat cedera dalam serangan oleh pendatang

Selasa, 03-07-2018 – 2 warga Palestin cedera pada petang Ahad setelah diserang oleh para pendatang Israel di Jalan al-Shuhadaa di timur Tebing Barat bandar al-Khalil.

Menurut wartawan PIC, puluhan pendatang Israel menyerang Hamza al-Bayed, 23, menyebabkan kakinya patah dan Mufid al-Sharbati, 60, yang pengsan dan jatuh ke tanah setelah dipukul teruk. Mereka kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan oleh kru Bulan Sabit Merah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pengawal keselamatan awasi pendatang Yahudi dari memasuki Masjidil Aqsa.

Selasa, 03-07-2018 – Pegawal keselamatan beragama Islam yang bertugas di Masjidil Aqsa berjaya menggagalkan usaha penganut Yahudi yang mahu mengadakan upacara keagamaan di satu sudut di dalam masjid tersebut.

Di luar masjid, penganut Yahudi yang merupakan pedatang haram sedang mengadakan upacara keagamaan mengikut ajaran Talmud dikawal oleh ramai anggota polis rejim. Sebelum itu, berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi dengan diiringi polis rejim didapati telah memasuki masjid suci al-Aqsa melalui gate Maghareba.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali