Categories
Berita Semasa

Mogok lapar 4 rakyat Palestin diteruskan.

Selasa , 30-04-2019 – Empat orang tahanan Palestin masih meneruskan mogok lapar untuk beberapa hari sebagai protes terhadap penahanan mereka yang seperti tiada penghujung tanpa perbicaraan. 

Mereka yang terlibat didalam mogok lapar tersebut adalah Husam al-Razza dan Mohamed Tabanja dan mereka telah menjalankan mogok tersebut selama 38 hari. Sementara itu, Hasan al-Aweiwi dan Odeh al-Haroub telah mula mogok lapar bersama-sama pada April 2, 2019.

Menurut Persatuan Tahanan Penjara Palestin, empat rakyat Palestin tersebut menerima tekanan yang hebat dari pihak penjara negara haram Israel termasuk penahanan berseorangan dan pemindahan yang terlalu kerap.  Mogok lapar tersebut juga adalah selingan kepada tiada peluang untuk berjumpa dengan keluarga dan dalam keadaan yang amat susah untuk berjumpa dengan peguam mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Persidangan Rakyat Palestin Eropah di Copenhagen pada Sabtu ini

Selasa , 30-04-2019 – Persidangan Rakyat Palestin di Eropah yang ke 17 akan berlangsung pada 27 April 2019 di Copenhagen, Denmark, demikian menurut penganjurnya.

Dalam satu kenyataan ringkas, penganjurnya berkata, persidangan itu akan diadakan dengan slogan “Dengan kesatuan dan kesungguhan, kita akan kembali.” Mereka berkata yang persidangan itu akan diadakan dengan mengambil kira kesukaran dan cabaran dalam mendukung isu Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk sekatan AS ke atas Iran.

Selasa , 30-04-2019 – Pergerakan Hamas mengecam keras keputusan pihak pentadbiran AS mengenakan sekatan baharu ke atas Iran terutama sektor minyaknya.

Satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu menyatakan bahawa Hamas berpendapat langkah AS itu hanya membahayakan lagi rakyat, pembangunan dan ekonomi Iran. Ia juga satu ancaman ke atas keselamatan serta kestabilan di wilayah berkenaan dan dunia.

Pergerakan itu juga turut mengingatkan kesungguhan pihak pentadbiran AS mengenakan sekatan yang sewenang-wenangnya itu hanya akan meningkatan lagi konflik dan krisis serantau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin



Categories
Berita Semasa

Sekatan perjalanan di al Khalil.

Selasa , 30-04-2019 – Pihak berkuasa pendudukan negara haram Israel pada ahad lalu telah menukar sebuah pusat pemeriksaan tentera di Bandar Lama al-Khalil kepada tempat ukur sempadan yang bakal menyukarkan pergerakan rakyat Palestin.

Ketua Pusat Pemulihan al-Khalil, Emad Hamdan menyifatkan langkah negara haram Israel itu sebagai berbahaya kerana ia seolah-olah memberikan lebih tekanan kepada pergerakan penduduk al-Khalil.
Tambahan pula, perkara tersebut telah termasuk didalam rancangan negara haram Israel yang masih samar terhadap penambahan Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Lagi rakyat Palestin diculik

Jumaat , 26-04-2019 – Pasukan tentera Rejim Zionis Musta’ribeen, pada Rabu lepas telah menculik seorang rakyat Palestin di tempat kerja beliau di bandar Tubas, utara Semananjung Gaza.

Sumber tempatan melaporkan kepada wartawan PIC bahawa tentera tersebut telah memecah masuk sebuah kedai milik seorang rakyat Palestin, Omar Daraghmeh, menahan anak beliau Mohammed dan memindahkannya di lokasi yang tidak diketahui. 

Maklumat tambahan yang didedahkan oleh mereka juga adalah tentera negara haram Israel yang dikerahkan di pintu masuk Tubas semasa serangan tersebut. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi


Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis memaksa warga Palestin memusnahkan kediamannya

Jumaat , 26-04-2019 – Pada Isnin, rejim israel memaksa seorang warga Palestin agar memusnahkan rumahnya di bandar Silwan.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh menyatakan yang Awad al-Abbasi telah memusnahkan rumah beliau yang sedang dalam pembinaan, di kejiranan Sweih, Silwan.

Pusat itu berkata yang al-Abbasi telah menerima notis dari perbandaran Baitulmuqaddis yang dikuasai israel, mengarahkan beliau memusnahkan rumahnya atas alasan tidak berlesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel roboh rumah di perkampungan Araqib buat kali ke 142.

Jumaat , 26-04-2019 – Pihak rejim zionis Israel bertindak meroboh seluruh rumah yang terdapat di perkampungan masyarakat Badwi, Araqib yang terletak di gurun Negev buat kali ke 142, berturut-turut.

Jentolak dengan diiringi polis rejim memasuki dan menolak semua pondok juga khemah yang terdapat di perkampungan itu atas kesalahan tidak berlesen, demikian kata aktivis Aziz al-Touri. 

Berpuluh masyarakat Badwi termasuk kanak-kanak hilang tempat berlindung dan terpaksa berhadapan cuaca gurun melampau sehingga tempat tinggal yang baru siap dibina semula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Kesepakatan yang dipersetujui Bukan Bermaksud Mengalihkan Gaza Daripada Konflik Dengan Israel


Jumaat , 26-04-2019 - Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Khalil Hayyah mengatakan bahawa kesefahaman yang ditandatangani dengan penjajah Israel yang mana Mesir bertindak sebagai mediator tidak dapat mengalihkan Gaza dari konflik dengan penjajah Israel. Dalam wawancara dengan televisyen al-Aqsa pada Rabu malam (17/4/2019), Hayyah mengatakan bahawa tidak ada harga politik untuk kesepakatan tersebut.

Kesepakatan tersebut ditandatangani dengan persetujuan menghentikan tindaan kasar terhadap orang ramai dan pembebasan sekatan. Hayyah mengatakan, “Bahawa masalah tawanan dan Masjid Al-Aqsa ditetapkan dalam meja perundingan. Kami katakan kepada para mediator bahawa tidak ada kesefahaman yang dapat menghentikan kami untuk membela masalah nasional kami.

Beliau memperingatkan semua pihak, "Gaza tidak dapat menerima untuk terus hidup dalam kepahitan ini. Semua pihak tidak boleh bertaruh pada kesabaran rakyat Palestin untuk menderita. Kami akan terus melakukan tindakan dengan segala cara. Kami akan mengetuk semua pintu untuk pembebasan sekatan, tidak peduli berapa pun harganya.” Beliau menegaskan bahawa yang menjamin agar penjajah komitmen dengan kesefahaman-kesefahaman ini adalah kegigihan rakyat Palestin dan tetap dalam perjuangannya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Kesihatan tahanan di penjara Isra Ja’abis makin membimbangkan.

Jumaat , 26-04-2019 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata bahawa keadaan kesihatan tahanan yang cedera di penjara Isra Ja’abis semakin buruk akibat dinafikan dari mendapat rawatan perubatan.

Kata Suruhanjaya itu lagi, tahanan yang melecur teruk, luka perlu dibalut dengan kain khas dan perlu ditukar selalu. Suruhanjaya itu menjelas terdapat lebih 8 orang tahanan yang perlu dibedah segera tetapi pihak penjara Israel sengaja mengabaikan permintaan dan aduan mereka menyebabkan fizikal dan psikologi mereka terganggu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Menteri Israel dan 200 pendatang menceroboh Masjid Aqsa

Jumaat , 26-04-2019 – Sejumlah pendatang israel pada pagi Isnin mencemarkan Masjid al-Aqsa dengan kawalan polis.

Sumber tempatan menyatakan yang polis rejim pada awal pagi membuka pintu pagar al-Maghareba Gate, yang dikuasai israel sejak 1967, dan membenarkan puluhan pendatang memasuki kawasan itu.

Menurut Islamic Awqaf, menteri pertanian israel Uri Ariel, yang disertai hampir 200 orang pendatang, memecah masuk Masjid al-Aqsa Mosque dan mengerjakan amalam Talmud di situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Kesatuan Umat Faktor Utama Untuk Menghadapi ‘Deal of Century’


Jumaat , 26-04-2019 - Tokoh Pemimpin Hamas, Sholah al-Bardawil mengungkapkan rancangan Hamas untuk melancarkan lembaga dan jawatankuasa nasional yang akan mengkordinasi semua pergerakan melawan 'deal of century' dan menegaskan peripentingnya kesatuan serta menamatkan perpecahan merupakan faktor utama dalam menghadapi konspirasi ini.

Dalam wawancara khusus dengan pihak TV al-Aqsha, Bardawil menjelaskan bahawa badan seperti jawatankuasa nasional yang akan menghadapi rancangan Trump dengan beberapa bidang kerja dan agenda yang berbeza. Bardawil mengingatkan bahawa konspirasi 'deal of century' sebahagian besarnya telah dijalankan dan mereka sedang meneruskan usaha lain selepas pemindahan kedutaan besar Amerika ke Al-Quds, menggabungkan Gholan Syria ke Israel yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Apa yang disetujui pihak antarabangsa ketika ini telah dilanggar dan kehadapan semakin berbahaya, kami khawatir dalam waktu terdekat Amerika mendeklarasikan penggabungan Tebing Barat dengan Israel, ungkap Bardawil. Tokoh Hamas ini menyeru kepada seluruh rakyat Palestin untuk bersatu menghadapi 'deal of century' yang digagas Amerika – Israel.Hanya dengan kesatuan dan menamatkan perpecahan sahaja mampu menghadapi konspirasi jahat ini.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk serangan pengganas di Sri Lanka.

Selasa , 23-04-2019 – Pergerakkan Perjuangan Islam Hamas, mengecam sekeras-kerasnya kejadian serangan yang dilakukan oleh pengganas ke atas hotel dan rumah ibadah di Sri Lanka, Ahad kelmarin.

Hamas dalam satu kenyataan rasminya menyatakan, ” Ia merupakan perbuatan manusia yang tidak bertamadun dan amat tidak wajar. Ia suatu jenayah kemanusiaan.” Hamas sebagai mewakili rakyat Palestin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera dalam serangan tersebut cepat sembuh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Sejumlah pendatang dan pegawai polis mencemarkan Masjid Aqsa

Selasa , 23-04-2019 – Puluhan pendatang dan polis Yahudi ada Ahad mencemarkan dataran Masjid Aqsa pada hari kedua cuti Passover di kota lama Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan menyatakan yang polis rejim mengenakan sekatan ke atas umat Islam yang ingin memasuki masjid ketika puluhan pendatang melawat datarannya.

Pihak berkuasa wakaf Islami di Baitulmuqaddis berkata yang sekurang-kurangnya 98 orang pendatang yang diketuai oleh polis rejim memasuki masjid menerusi pintu al-Maghariba Gate dengan kawalan ketat pihak keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hayyah: Ada Kesepakatan Rehabilitasi Kawasan Industri di Gaza


Selasa , 23-04-2019 - Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Khalil Hayyah, mengatakan bahawa kesefahaman yang disepakati dengan penjajah Israel melalui mediasi Arab dan antarabangsa sedang berlangsung dan dokumennya dipantau oleh pihak teknikal sehingga dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam wawancara eksklusif dengan Pusat Informasi Palestina, Hayyah mengatakan bahawa "jika penjajah Israel tidak mematuhi kesefahaman yang telah disepakati, iaitu Mesir, Qatar dan PBB sebagai mediator, maka demonstrasi dan tekanan pada penjajah Israel terus berlanjutan."

Dia menyatakan adanya kesepakatan untuk rehabilitasi (membantu dan membaikpulih) kawasan industri di Semenanjung Gaza. Beliau menambah, "Kesefahaman sudah dilaksanakan sebahagiannya, dan sebahagian lainnya sedang dalam penyusunan, seperti yang perkara berkaitan dengan memperluas kawasan penangkapan ikan sehingga 15 mil di utara dan selatan laut Gaza. Di samping terdapat juga kerja projek-projek pembangunan tertangguh dan sedikit masalah elektrik.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Tentera rejim israel memaksa warga Palestin memusnahkan kediamannya

Isnin , 22-04-2019 – Pada Isnin, rejim israel memaksa seorang warga Palestin agar memusnahkan rumahnya di bandar Silwan.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh menyatakan yang Awad al-Abbasi telah memusnahkan rumah beliau yang sedang dalam pembinaan, di kejiranan Sweih, Silwan.

Pusat itu berkata yang al-Abbasi telah menerima notis dari perbandaran Baitulmuqaddis yang dikuasai israel, mengarahkan beliau memusnahkan rumahnya atas alasan tidak berlesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati