Categories
Berita Semasa

Bardawil: Kesatuan Umat Faktor Utama Untuk Menghadapi ‘Deal of Century’


Jumaat , 26-04-2019 - Tokoh Pemimpin Hamas, Sholah al-Bardawil mengungkapkan rancangan Hamas untuk melancarkan lembaga dan jawatankuasa nasional yang akan mengkordinasi semua pergerakan melawan 'deal of century' dan menegaskan peripentingnya kesatuan serta menamatkan perpecahan merupakan faktor utama dalam menghadapi konspirasi ini.

Dalam wawancara khusus dengan pihak TV al-Aqsha, Bardawil menjelaskan bahawa badan seperti jawatankuasa nasional yang akan menghadapi rancangan Trump dengan beberapa bidang kerja dan agenda yang berbeza. Bardawil mengingatkan bahawa konspirasi 'deal of century' sebahagian besarnya telah dijalankan dan mereka sedang meneruskan usaha lain selepas pemindahan kedutaan besar Amerika ke Al-Quds, menggabungkan Gholan Syria ke Israel yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Apa yang disetujui pihak antarabangsa ketika ini telah dilanggar dan kehadapan semakin berbahaya, kami khawatir dalam waktu terdekat Amerika mendeklarasikan penggabungan Tebing Barat dengan Israel, ungkap Bardawil. Tokoh Hamas ini menyeru kepada seluruh rakyat Palestin untuk bersatu menghadapi 'deal of century' yang digagas Amerika – Israel.Hanya dengan kesatuan dan menamatkan perpecahan sahaja mampu menghadapi konspirasi jahat ini.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman