Categories
Berita Semasa

Majlis Perbandaran Neve Daniel meluaskan penempatan haram secara rahsia waktu malam

Sabtu, 20/08/2011 – Majlis Perbandaran Neve Daniel yang terletak di bawah wilayah jajahan rejim Zionis di barat Baitullaham, mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini dengan meluaskan lagi kawasan penempatan haram secara haram di kawasan tanah yang berhampiran Kampung Al-Khadr.

Ketika umat Islam Palestin berbuka puasa pada waktu Maghrib, pihak perbandaran membawa masuk jentolak-jentolak mereka dan menggali kawasan seluas 300 dunum ( 1 dunum = 1000 meter persegi ) di kawasan yang dikenali sebagai Ayn al-Qissis sepanjang malam.

Penggalian pada waktu malam itu telah berlangsung selama 4 malam di kawasan yang tidak dihuni oleh penduduk Palestin, kata Ahmed Salah, Koordinator bagi Jawatankuasa Anti-penempatan Haram setempat. Katanya lagi, beberapa orang petani mengadu mereka terkejut apabila pergi ke mengusahakan ladang, mereka mendapati ada kesan kemusnahan oleh jentolak. Kata mereka lagi, mereka tidak nampak sebarang aktiviti jentolak pada waktu siang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa