Selasa, 23/05/2006 –
Harian Israel Maarev yang diterbitkan Ahad (21/05) menyiarkan berita perbincangan
sulit yang sedang berlangsung antara pihak Israel dengan pihak pejabat Presiden
Palestin dalam rangka mencari formula terbaik bagi menggulingkan kerajaan Palestin
pimpinan Hamas.
Menurut akhbar tersebut, perbincangan rahsia ini berlangsung atas insiatif rakan
rapat Abu Mazen (Mahmoud Abbas), termasuk Shaeb Uraiqat dan Hayem Ramon, orang
kepercayaan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert. Perbincangan ini juga atas
pengetahuan dan restu dari Ehud Olmert, bahkan beliau sesekali menghadirkan diri
dalam konspirasi tersebut. Para delegasi Israel kerap kali mengadakan pertemuan
dengan orang-orang rapat Abu Mazen di Eropah.
Sementara itu, dewan kabinet Israel bersetuju menerima usul dari Menteri Pertahanan
Israel, Amir Peretz untuk menyalurkan wang milik rakyat Palestin sejumlah 50 juta
syekal yang diambil dari simpanan cukai rakyat Palestin.
Harian Israel menyebutkan bahawa dana tersebut akan diagihkan bagi membiayai kos
perubatan dan peralatan kesihatan serta membaiki rumah-rumah rakyat Palestin di
Semenanjung Gaza. Dana tersebut akan dikirimkan melalui organisasi kesihatan
antarabangsa