
Khamis, 25/08/2011 – Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di kawasan jajahan Palestin mendokumenkan satu laporan yang dikeluarkan pada Ahad yang menyatakan Israel melancarkan lebih kurang 30 serangan udara yang mengambil nyawa 14 warga Palestin, mencederakan 41 yang lain dan mengakibatkan kerosakan yang teruk dalam satu siri serangan terbaru bermula sejak 18 Ogos lalu.
Laporan itu mengatakan kerosakan melibatkan kediaman-kediaman, sekurang-kurangnya 4 bangunan kerajaan dan 7 badan bukan kerajaan tempatan, 8 kedai dan pasaraya, sebuah masjid, sebuah sekolah dan 1 stesen minyak.
Infrastruktur juga turut terbabit. Sebuah stesen utama pengaliran sisa buangan yang dijangka mula beroperasi pada bulan-bulan akan datang telah musnah sama sekali, menurut dokumen itu. Stesen itu dijangka mampu berkhidmat untuk kem pelarian Nusairat dan Al-Bureij yang terdiri daripada populasi 130,000 orang.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati