Categories
Berita Semasa

30 penduduk Palestin terkorban, kira-kira 400 yang lain ditahan dalam operasi Israel Ogos lalu

Rabu , 07-09-2011 – Yayasan Perpaduan Antarabangsa Hak Asasi Manusia telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa 30 rakyat Palestin terkorban dan hampir 400 orang ditahan bulan lepas dalam operasi pendudukan Israel di wilayah Palestin.

“Hampir tiada hari yang berlalu tanpa memerhatikan operasi pembunuhan dan penangkapan puluhan rakyat Palestin, apatah lagi serangan tanpa henti oleh tentera Zionis terhadap rakyat Palestin,” menurut laporan tersebut.

Tiga daripada rakyat yang dibunuh adalah dari Tebing Barat, dua daripada mereka berumur awal dua-puluhan, seramai 27 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan mortar dan serangan udara yang mensasarkan Semenanjung Gaza bulan lalu. Lima daripada mereka adalah di bawah umur 18 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul