
Khamis, 08-09-2011 – Menteri Luar Turki, Ahmed Davutoglu memberi amaran kepada kerajaan penjajah Israel tentang kebangkitan besar-besaran dunia Arab lambat laun jika ia berkeras dengan polisi jenayahnya.
Davutoglu membuat kenyataan itu dalam satu mesyuarat tertutup melibatkan menteri-menteri luar Eropah yang diadakan Sabtu lepas di Poland, demikian menurut laporan berita Turki pada Isnin.
“Oleh kerana kedegilan dan keangkuhannya, Israel telah menutup pintu harapan untuk kedamaian di rantau itu, maka besar kemungkinan dunia Arab yang sedang bangkit menuntut kebebasan dan demokrasi akan menentang Israel dengan bersungguh-sungguh, agensi berita Turki memetik kata-kata Menteri Luar itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati