Categories
Berita Semasa

Khoudary alu-alukan lawatan Erdogan ke Gaza

Isnin, 12/09/2011 – Ahli Parlimen Palestin, Jamal el-Khoudary (Bebas) mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang telah memikirkan untuk melawat Gaza dalam masa terdekat. Khoudary, yang mempengerusikan jawatankuasa popular terhadap pengepungan Gaza dalam satu kenyataan pada Selasa lalu berkata jika lawatan itu berlaku, ia akan menjadi lawatan “bersejarah” dan mempunyai kesan ke atas sejarah Palestin dan rakyatnya serta menjadi “tamparan kuat” terhadap pengepungan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza sejak lima tahun yang lalu.

“Perdana Menteri Erdogan akan diterima di Gaza dengan sambutan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, terutamanya berdasarkan kedudukan beliau yang menyokong Palestin … dan dalam usaha memecahkan pengepungan di Gaza,” kata Khoudary.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz