Categories
Berita Semasa

Hamas kepada pihak keselamatan PA: Mansuhkan pengharaman terhadap penentangan di Tebing Barat

Isnin, 12/09/2011 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menggesa pihak keselamatan PA menarik balik pengharaman ke atas sayap penentang di Tebing Barat sebagai tindak balas kepada gelombang serangan terhadap penduduk Palestin oleh pendatang haram Yahudi dan tentera rejim Zionis (IOF).

“Hamas menegaskan betapa seriusnya peningkatan serangan oleh pendatang haram Yahudi dan IOF di Tebing Barat. Contoh terbaru adalah pemusnahan Masjid Al-Nourein yang terletak di Kampung Qasra, selatan Nablus serta pemusnahan beribu-ribu pokok buah-buahan di bahagian tenggara Baitullaham dan Kampung Al-Wajala, yang terletak di barat laut Bandar tersebut, kata Abu Zuhri.

“Jenayah-jenayah ke atas rumah Allah ini dan harta-benda penduduk awam mengukuhkan lagi dasar perkauman yang diamalkan oleh rejim Zionis dan pendatang haram Yahudi. Penjenayah ini sentiasa menyeru ke arah kkezaliman,” katanya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa