
Khamis, 15/09/2011 – Tentera laut rejim Zionis telah menyerang dan menculik 7 orang nelayan Palestin yang berasal dari Kem Pelarian Shati yang terletak di barat laut Gaza, ketika mereka sedang memancing di persisiran pantai Gaza pada Ahad lalu.
Ketua persatuan nelayan, Nizar Ayyash berkata dalam satu sidang media bahawa kesemua nelayan terbabit merupakan satu keluarga dan ketika diculik mereka sedang memancing pada jarak 2 batu nautika dari persisiran pantai. Rejim Zionis membenarkan rakyat Palestin memancing pada jarak 3 batu nautika dari persisiran pantai.
Katanya lagi, nelayan-nelayan tersebut tiba-tiba sahaja dikelilingi oleh tentera laut rejim Zionis yang menaiki bot bersenjata dan mengarahkan mereka pergi ke pelabuhan negara haram Israel. Sementara itu, nelayan-nelayan tersebut hanya menaiki 2 buah bot kecil dan salah seorang daripada mereka merupakan warga emas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa