
Selasa, 20/09/2011 – Pengerusi Suruhanjaya Agung Islam di Baitulmuqaddis, Ekrima Sabri mendakwa pihak berkuasa rejim Israel bertanggungjawab ke atas tindakan kumpulan pelampau Yahudi yang merancang untuk menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Ahad.
“Kumpulan pelampau Yahudi terus memburukkan situasi di Masjid Al-Aqsa dengan mendakwa mereka ada hak ke atas Masjid Al-Aqsa dari masa ke semasa,” kata Sheikh Sabri dalam satu kenyataan pada Sabtu yang menekankan bahawa keseluruhan masjid tersebut hanyalah milik Muslim, suatu fakta yang tidak dapat diubah oleh mahkamah dan rundingan.
Manakala, Imam Besar Universiti Al-Azhar di Kaherah, Ahmed al-Tayyib mengeluarkan kenyataan menyeru semua Muslim dan dunia Arab agar bersatu untuk menghadapi perancangan Zionis yang menyasarkan Masjid Al-Aqsa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati