Categories
Berita Semasa

Israel: Penempatan di Baitulmuqaddis adalah muktamad

Selasa, 04/10/2011 – Timbalan perdana menteri Israel Silvan Shalom berkata, pembinaan penempatan di Baitulmuqaddis adalah muktamad, meski terdapat tentangan oleh beberapa kumpulan.

Berkenaan rundingan damai dengan Palestin, Shalom memberitahu Radio Israel pada Ahad, bahawa segala isu yang tertangguh akan didebatkan tetapi bukan berdasarkan cadangan Quartet antarabangsa. Shalom juga
berkata, soal sempadan dan keselamatan menjadi perkara pertama untuk dibincangkan.

Seorang pegawai kanan Israel berkata, walaupun rakyat Palestin berjaya mencapai tuntutan serantau, namun tidak akan ada kesepakatan dalam isu-isu yang penting bagi Israel seperti pemulangan pelarian Palestin
dan hal-hal berkaitan Baitulmuqaddis dan kawasan-kawasan suci.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati