Jumaat, 07/10/2011 – Hamas berkata tindakan keras dalam menghadapi mogok lapar besar-besaran yang menggoyahkan penjara Israel hanya akan mengukuhkan perpaduan sesama tahanan Palestin seperti yang telah ditunjukkan di jalanan sekitar Palestin dengan pelbagai cara.
Dalam satu kenyataan baru, Hamas memandang berat siri tindakan keras sebagai tindak balas kepada mogok lapar yang disertai oleh beribu-ribu tahanan Palestin dan memuji mereka kerana tetap teguh dengan tuntutan mereka.
“Kami berjanji kami akan kekal setia terhadap tahanan dan perjuangan mereka dan perjuangan itu akan kekal sebagai keutamaan tertinggi negara, dan kami akan berusaha untuk membebaskan mereka, dan meyakinkan mereka dan seluruh dunia bahawa tentera Zionis, Gilad Shalit tidak akan menikmati kebebasan sehingga tawanan kami menikmatinya, ” kata Hamas pada Rabu lalu sambil menggesa lebih banyak sokongan dan bantuan untuk para tahanan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz