Categories
Berita Semasa

Khalil Al-Hayyah gesa untuk tingkatkan bantuan terhadap para tahanan

Jumaat, 07/10/2011 – Dr. Khalil Al-Hayyah, anggota Maktab Politik Hamas, menyeru kepada penyatuan untuk membantu menyokong para tahanan, yang kini sedang melancarkan mogok lapar. Beliau menggesa barisan faksi pertahanan untuk mengambil tindakan untuk terus menekan Zionis yang sedang mencabuli hak para tahanan.

Al-Hayyah berkata sewaktu beliau menyertai rapat umum Hamas yang disertai ribuan peserta di Gaza selepas solat Isya’ hari Rabu (5 Oktober) yang bertujuan untuk mengembalikan hak tahanan, : “kami akan mempertahankan para tahanan kami dan kamu akan melawan Zionis di serata tempat.”. Beliau turut menegaskan bahawa Hamas dan warga Palestin, “tidak akan sekali-kali berundur selagi kesemua para tahanan di dalam penjara Zionis dibebaskan, para pemuda Palestin bersatu mempertahankan perkara ini terutamanya yang melibatkan para tahanan, Al-Quds dan hak kembali para pelarian.”

Pimpinan Hamas berkata bahawa Hamas sedang berusaha keras untuk mencapai pembebasan para tahanan, dan menjaga kemerdekaan, memelihara maruah serta keinsanan mereka yang segala-galanya telah dirobek oleh Zionis Israel.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen