Selasa, 18/10/2011 – Tahanan yang paling lama ditahan Nael al-Barghouthi mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin di atas rundingan pertukaran dengan rejim Israel serta berkata, “setelah 30 tahun dalam tahanan, kami sebenarnya adalah tentera yang kembali ke pengkalan.”
Barghouthi yang termasuk dalam senarai tahanan yang akan dibebaskan dari penjara rejim Israel memberitahu akhbar “Falastin” bahawa angan-angan Israel berkecai dengan adanya rundingan kerana ia membuktikan kesatuan rakyat Palestin.
Beliau menambah, bahawa beliau berharap perpaduan ini akan mencetuskan usaha yang berkesan untuk membebaskan kesemua tahanan Palestin dan Arab di dalam penjara rejim Israel. Beliau turut memuji pejuang Palestin yang memberikan inspirasi kepada dunia Arab seterusnya menuju masa depan yang lebih cerah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati