Selasa, 18/10/2011 – Pendatang haram Yahudi terus-terusan merampas tanah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem. Jentolak-jentolak milik rejim Zionis meratakan ladang-ladang pertanian di Kampung Eskaka dan Yasuf, di bahagian timur Salfit iaitu di utara Tebing Barat. Mereka akan membina penempatan haram Yahudi di situ.
Nabil Haris, Ketua Majlis Kampung Eskaka berkata, jentolak-jentolak meratakan ladang-ladang di antara Kampung Eskaka dan Yasuf, kemudian karavan-karavan yang besar dibawa masuk ke tempat tersebut menggunakan lori, bagi menyediakan penempatan haram pendatang Yahudi.
Katanya lagi, sehingga petang Selasa lalu, 4 buah karavan telah dibawa masuk dan lebih banyak tanah-tanah di kampung-kampung terbabit mungkin akan dirampas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa