Categories
Berita Semasa

Arouri: kami sedang menunggu jawapan Israel tentang nasib lima tahanan wanita

Rabu, 19/10/2011 – Ahli biro politik Hamas, Sheikh Saleh al-Arouri yang bertanggungjawab terhadap fail tahanan berkata bahawa gerakannya menyerahkan senarai 9 orang tahanan wanita yang tidak termasuk dalam senarai pertukaran melalui seorang perantara Mesir dan memaklumkan kepada mereka bahawa ia melanggar perjanjian.

Beliau memberitahu PIC dalam satu temuramah ekslusif “Ketika rundingan, pihak Zionis menyediakan senarai tahanan wanita Palestin yang merangkumi 27 tahanan. Setelah kami memeriksa senarai kami mendapati 9 orang tahanan wanita tidak termasuk dalam senarai tersebut, jadi kami memulangkan senarai itu dan menunggu jawapan mereka”.

Berkenaan khabar angin bahawa majoriti tahanan yang termasuk di dalam senarai pertukaran itu terlibat dengan Hamas, beliau berkata 1027 tahanan yang dijangka dibebaskan, 600-700 tahanan adalah dari kumpulan-kumpulan lain, kebanyakkannya terlibat dengan Fatah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati