Categories
Berita Semasa

Ketibaan Ahlam al-Tamimi di Amman disambut sebagai srikandi

Jumaat, 21/10/2011 – Seorang tahanan penjara berkerakyatan Jordan, Ahlam al-Tamimi yang dibebaskan pada malam Selasa lalu diberi sambutan sebagai seorang srikandi oleh beratus-ratus orang rakyat Palestin dan Jordan yang menunggu ketibaannya di Lapangan Terbang Ratu Alia di Amman.

Anggota keluarganya berkumpul bersama beratus-ratus aktivis Ikhwanul Muslimin, kesatuan-kesatuan pedagang dan orang awam di Lapangan Terbang Ratu Alia bagi menyambut kepulangan Tamimi. Mereka mengibarkan bendera Palestin dan Hamas serta melaungkan sokongan terhadap srikandi itu yang berjaya dibebaskan melalui proses pertukaran.

Tamimi kemudiannya memberi ucapan ringkas yang seringkali diberi tepukan gemuruh dan sorakan tanda sokongan. “Mesej daripada rakyat Palestin adalah: bebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa,” katanya. Srikandi itu turut memuji Briged Qassam yang telah menangkap Gilad Shalit yang akhirnya membawa kepada pertukaran pembebasan tahanan penjara berketurunan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa