Categories
Berita Semasa

Al-Rashq: Tiga pesawat dari negara Turki dan Syria digunakan di Kaherah bagi memindahkan tawanan untuk dihantar pulang ke negara masing-masing.

Jumaat, 21/10/2011 – Pucuk pimpinan dalam Gerakan Islam “Hamas” mengatakan bahawa langkah yang diambil untuk memindahkan tahanan Palestin yang bakal dibebaskan dalam satu perjanjian pertukaran tahanan berjalan lancar, terutamanya yang bakal dibebaskan di luar wilayah Palestin.

Izzat al-Rashq dalam kenyataannya kepada Pusat Informasi Palestina, “Tiga pesawat dari Turki dan Syria akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, namun hanya sedikit sahaja tahanan yang dapat dibebaskan. Dan negara-negara ini menyatakan kesanggupan dan keinginan mereka untuk menjadi tuan rumah,” katanya.

Beliau mengatakan bahawa tahanan yang dibebaskan ke luar dibahagikan kepada 15 orang menaiki pesawat tempatan ke Doha, 15 orang menaiki pesawat Syria ke Damsyik, dan 10 orang menaiki pesawat Turki ke Ankara. Beliau menjelaskan pesawat-pesawat tersebut bakal berlepas serentak pada waktu malam selepas menerima isyarat pelepasan oleh pemimpin Hamas yang terletak di Kaherah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ayyas