Categories
Berita Semasa

Erekat: Israel bertanggungjawab meranapkan proses damai

Jumaat, 28/10/2011 – Dr Saeb Erekat, ahli malis pergerakan Fatah dan ketua perunding Palestin, bertemu dengan bekas presiden Portugis, George Sambouo, wakil debat PBB tentang ketamadunan – lapor Agensi Berita Palestin.

Dr. Erekat mengesahkan bahawa kerajaan Israel menolak pendekatan dua negara berasaskan sempadan 1967 dengan membina penempatan haram. Israel bertanggungjawab dalam runtuhnya proses damai Timur Tengah.

Beliau juga mengesahkan bahawa Quartet antarabangsa harus bertanggungjawab kerana menghalang rundingan. “Kerajaan Israel ialah badan yang membina penempatan, bukan badan yang melaksanakan rundingan” – tambah Dr. Erekat lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz