Perdana Menteri(PM) Palestin setuju tidak letak jawatan


PM Palestin, Ahmad Quraya telah menarik balik perletakan jawatan selepas Presiden Yasir Arafat memberikan beliau kuasa utk melakukan reformasi dalam pentadbiran


Ketua staff Quraya berkata beliau mendapat kuasa
untuk mengawal polis dan agensi keselamatan
dalaman.

Perjanjian Selasa lepas (27/7/2004) memberikan kuasa keselamatan nasional yang meliputi keselamatan rakyat Palestin kepada Arafat.

“Presiden menolak perletakan jawatan saya” , berkata Quraya selepas 10 hari yang mengundang huru-hara di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan Arafat utk memikul tugas berat ini”, Quraya berkata selepas sessi kabinet yang menyaksikan beliau dan Arafat tampak mesra.

Sementara itu, 2 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan rejim Israel di bandar Gaza.

Pihak Israel mengambil posisi di atas bumbung rumah Muhammad Jundiya dan melepaskan tembakan yang mengakibatkan kematian tersebut.

Mangsa yang terbunuh dalam pertempuran tersebut