Categories
Berita Semasa

Pegawai Rasmi Fateh: Ugutan Israel membunuh Abbas serius

Isnin, 31/10/2011 – Faisal Abu Shahala, ahli Majlis Revolusi Fatah, merayu Rabu lepas kepada komuniti antarabangsa untuk mengakhiri apa yang dianggapnya keganasan Israel. Beliau menggambarkan ugutan Israel baru-baru ini untuk membunuh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, sebagai sangat serius, dan menambah ugutan tersebut adalah salah satu bentuk keganasan kepada rakyat Palestin, lapor agensi akhbar Palestin, Ma’an Rabu lalu.

Abu Shahala menegaskan kenyataan Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman (dari Parti Berhaluan Kanan Yisrael Beiteinu) bukanlah satu “omong kosong” seperti didakwa pegawai lain, tetapi sebagai tanda polisi dan amalan pentadbiran semasa Israel, menggambarkan pemikiran Israel berdasarkan keganasan dan pembunuhan.

Abu Shahala menegaskan bahawa ugutan Israel untuk membunuh pemimpin Palestin telah terlaksana sebelum ini dengan kematian Presiden Yasser Arafat sebagai salah seorang mangsa (walaupun Arafat meninggal dunia di Perancis akibat penyakit, ramai rakyat Palestin percaya beliau diracun walaupun ini tidak pernah dibuktikan). Beliau memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Palestin supaya berhati-hati dengan ancaman ini.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep