Categories
Berita Semasa

Kumpulan berempat antarabangsa: PA dan Negara haram Israel akan buat kertas cadangan sebelum perbincangan permulaan

Selasa , 01/11/2011 – Kumpulan Berempat Antarabangsa berkaitan timur tengah berkata pada malam tadi bahawa pihak berkuasa Palestin (PA) dan rejim Zionis bersetuju untuk menghantar kertas cadangan bersama (bilateral) berhubung isu persempadanan dan tanah sebelum mereka mengadakan perbincangan selama 3 bulan.

Berdasarkan laporan media, wakil bagi kedua-dua pihak akan kerap mengadakan perjumpaan dalam masa 3 bulan akan datang untuk mengambil kata sepakat berkaitan formula politik yang menyentuh isu persempadanan dan tanah, sebagai mukadimah kepada perbincangan secara langsung nanti. Dalam kenyataan yang mereka keluarkan, kumpulan berempat tersebut menggesa PA dan rejim Zionis memulakan perbincangan kea rah perdamaian secara langsung tanpa bertangguh dan tiada syarat awal.

Sementara itu, wakil Perdana Menteri Negara haram Israel, Yitzhak Molcho berkata bahawa kerajaannya ‘sudah bersedia’ untuk mengadakan perbincangan secara langsung dengan PA tanpa sebarang syarat. Manakala pegawai PA, Saeb Erekat menegaskan bahawa pihaknya tetap mempertahankan syarat yang telah ditetapkan sebelum memulakan semula perbincangan kea rah perdamaian tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa