Categories
Berita Semasa

Berikutan Kemasukan P.A ke UNESCO; Kerajaan Netanyahu bincang untuk mengadakan bantahan

Rabu, 02/11/2011 – Selepas undian dibuat pada hari Isnin untuk membenarkan Palestin menjadi ahli penuh dalam UNESCO, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membuat keputusan untuk mengadakan bantahan bersama dengan “8 kabinet”nya pada hari Selasa ini untuk membincangkan satu siri sekatan terhadap Phak Berkuasa Palestin di Tebing Barat.

Akhbar dalam talian Israel, Haaretz, memetik kata-kata seorang ahli kabinet kanan bahawa beliau masih tidak jelas terhadap jenis sekatan yang akan dibuat oleh Israel ke atas P.A, namun beberapa cadangan telah dikemukakan.

Antara sekatan yang dicadangkan termasuklah mengadakan gangguan ke atas status VIP bagi pegawai-pegawai kanan Pihak Berkuasa Palestin (VIP membolehkan mereka melepasi sekatan jalan raya dan lintasan Israel), menghentikan semua proses pemindahan cukai yang dikumpulkan oleh Israel bagi pihak P.A, dan menambahkan pembinaan bagi penempatan Israel dan pengembangkan aktiviti.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas