Sabtu , 05/11/2011 – Semasa lawatan kali keempat ke Palestin pada minggu lepas, pihak Israel telah menghantar kertas cadangan untuk menghentikan kebuntuan proses perdamaian ketika ini dengan memulakan perundingan rahsia secara terus dengan warga Palestin, tetapi pihak berkuasa Palestin telah menolak cadangan itu.
Walaubagaimanapun, penolakan tersebut telah mendukacitakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang mengatakan bahawa presiden Palestin, Mahmoud Abbas, tidak berminat untuk bedamai dengan pihak Israel.
Surat khabar Israel Maariv melaporkan pada hari Isnin bahawa cadangan Israel itu telah dikemukakan kepada keempat -empat penguasa bagi memulakan perundingan keamanan secara terus Palestin-Israel, perundingan diketuai oleh pihak Israel iaitu penasihat Netanyahu, Yitzhak Malcho sebagai pegawai yang dilantik, dan Ketua Perunding Palestin, Dr. Saeb Erekat.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nashitah