Sabtu , 05/11/2011 – Kerajaan rejim Zionis menunjukkan rasa marah terhadap keputusan yang dibuat oleh majority anggoa UNESCO pada Isnin lalu yang meluluskan permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh dalam pertubuhan kebudayaan tersebut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, Menteri Luar Negara haram Israel mengkritik keputusan berkenaan dengan mendakwa ianya akan menamatkan perbincangan ke arah perdamaian yang kini terhenti seketika. Pada hakikatnya, perbincangan terbabit tergendala disebabkan keangkuhan pihak rejim Zionis serta aktiviti terus-menerus pengYahudian dan pembinaan penempatan haram di atas tanah milik rakyat Palestin.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan menyebut; “Ini adalah tindakan berat-sebelah yang memihak kepada Palestin dan tidak akan merubah apa-apa tetapi hanya akan menyahkan kemungkinan ke arah perjanjian damai.” Ia turut mengandungi ancaman bahawa Negara haram Israel akan menghentikan kerjasama dengan UNESCO.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa