Pasukan Khas Israel Mengganas : Komandan al-Aqsa Terkorban

Jumaat, 23/06/2006 –
Sumber-sumber Palestin menyebutkan, pasukan khas Zionis Israel kembali melakukan operasi pembunuhan terhadap pemimpin pejuang Palestin, Khamis (22/06).

Kali ini yang menjadi sasaran adalah salah seorang komandan Brigade Martir al Aqsa, sayap ketenteraan Fatah, di bandar Ramallah. Saksi yang melihat kejadian mengatakan, pasukan khas Zionis Israel menyerbu daerah di sebelah barat bandar Ramallah, Khamis malam, dan terus menyerang salah seorang komandan Brigade al Aqsa yang juga anggota perisikan Palestin, Aiman Ratib (23). Beliau tersungkur jatuh dan meninggal dunia ditempat kejadian sementara itu beberapa
yang lain cedera.

Menurut para saksi, tindakan ini menyemarakkan kemarahan penduduk yang kemudiannya terus mengepung tempat kejadian. Namun tidak lama kemudian pasukan tentera Israel dikerahkan ke lokasi untuk menyuraikan kepungan penduduk. Lemparan batu dan bom Molotov mewarnai tindakan tersebut.

Seorang saksi mengatakan, Aiman Ratib terkena banyak tembakan di seluruh tubuhnya. Namun beliau masih bertahan sehingga tentera Israel menembak peluru gas dan kemudian merapati beliau dan menembak kepalanya hingga meninggal dunia.

One reply on “Pasukan Khas Israel Mengganas : Komandan al-Aqsa Terkorban”

Comments are closed.