
Khamis , 10/11/2011 – Dua kapal bantuan ke Gaza telah ditahan oleh tentera laut Israel pagi jumaat dan ditunda ke Pelabuhan Israel, dimana penumpangnya telah ditahan oleh Pasukan Keselamatan Israel.
Dennis Kosseim, penyelaras kapal bantuan itu memberitahu pemberita, bahawa sekatan Israel terhadap misi bantuan tidak akan melemahkan semangat para aktivis, sambil menambah, ” Matlamat kami adalah jelas, iaitu membawa bantuan kemanusiaan dan harapan kepada rakyat palestin di Gaza.”. Dia berjanji bahawa misi bantuan ke Gaza itu akan diteruskan, dan lebih banyak bot dijangka akan tiba, bulan hadapan.
Apabila tentera laut Israel menghampiri kedua-dua bot tersebut, hubungan komunikasi terputus secara tiba-tiba diantara penumpang serta rakan media diseluruh dunia, termasuklah telefon bimbit, telefon satelit dan hubungan komunikasi radio, menyebabkan spekulasi timbul bahawa tentera laut Israel menyekat isyarat perhubungan tersebut.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon