
Isnin, 14/11/2011 – Tiga penceroboh menyerang pada waktu malam hari Selasa dan waktu pagi hari Rabu mengakibatkan seorang penduduk Palestin mati dan tiga cedera di kawasan yang berbeza di Tebing Barat.
Pada waktu petang hari Selasa, seorang penduduk Palestin yang dikenali sebagai Abdul Muttaleb Hakim telah dirempuh oleh seorang penceroboh Israel di dalam sebuah kereta, mengakibatkan beliau terbunuh serta-merta. Penceroboh tersebut meninggalkan tempat kejadian tanpa sebarang jejak, dan polis Israel yang dipanggil ke tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang usaha untuk mengenalpasti pesalah.
Dalam kejadian yang berasingan pada hari Rabu sejurus sebelum waktu Subuh, sekumpulan penceroboh Israel membakar beberapa buah kereta milik rakyat Palestin berdekatan Hebron, di selatan Tebing barat.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas