Categories
Berita Semasa

Pengganas Zionis bunuh petani dari Salfit selepas melanggar beliau dengan kereta.

Isnin, 14/11/2011 – Seorang penduduk Kampung Dier Estia, dari barat Salfit dekat utara Tebing Barat terbunuh pada petang Rabu lalu selepas dilanggar oleh penduduk haram Zionis. Kejadian berlaku dekat jalan raya berdekatan pintu masuk Petempatan Rafafa di barat kampung tersebut.

Saksi dari kampung yang sama berkata bahawa mangsa, Abdul Mutholib Muhammad Hakim (45 tahun), yang bekerja sebagai petani di Kampung Dier Estia meninggal di tempat kejadian selepas dilanggar oleh pendatang Zionis dalam perjalanan beliau pulang dari memtik kurma dan buah zaitun.

Selain itu, jalan-jalan lain yang digunakan oleh pendatang haram Zionis di pelbagai kawasan di seluruh Tebing Barat juga menyaksikan perkara yang sama berlaku terhadap penduduk Palestin, tetapi amat sedikit yang mendapat laporan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen