Categories
Berita Semasa

Majlis Keselamatan masih belum ada keputusan berhubung keahlian Palestin

Isnin, 14/11/2011 – Jawatankuasa yang bertanggungjawab mengkaji permohonon bagi keahlian baru di Majlis Keselamatan PBB berkata bahawa mereka masih belum mampu mencapai kata sepakat berhubung cadangan keahlian Palestin di PBB.

Menurut draf laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa terbabit pada Selasa lalu, terdapat konflik pendapat berhubung permohonan Palestin untuk menjadi ahli semasa mesyuarat diadakan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan bagi membincangkan tentang keahlian baru ke PBB. Laporan akhir akan dihantar ke Majlis Keselamatan pada Jumaat ini dalam sesi yang yang diperuntukkan bagi membincangkan permohonan keahlian Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa